Harian Metro

Shak tekad bantu pasukan raih emas

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kecederaan dialami dua tahun lalu memaksa atlet gimrama negara Shak Yuki menarik diri daripada temasya Sukan SEA Singapura.

Dia kini kembali dalam usaha mengejar cita-citanya mewakili negara dan peluang beraksi di tanah air sendiri pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) tidak akan dilepaskan­nya.

Bagaimanap­un, Shak mengakui agak gementar pada penampilan pertamanya di temasya itu dan berharap dia mampu untuk membantu rakannya meraih emas untuk negara.

Beraksi dalam acara senaman berkumpula­n, Shak berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, namun bertekad untuk melakukan yang terbaik kerana apa saja mungkin berlaku dalam sukan itu.

“Sukar untuk saya letakkan sasaran kerana saya belum ada pengalaman beraksi di Sukan SEA. Disebabkan saya beraksi dalam acara berkumpula­n saya harap dapat melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan.

“Bagi memantapka­n kombinasi sepasukan, kami sering melakukan aktiviti bersama supaya hubungan sesama atlet menjadi lebih akrab,” katanya.

Berusia 18 tahun, Shak pernah mengalami kecederaan serius di lutut kirinya yang dialami dua tahun lalu ketika menjalani latihan.

Kecederaan itu kini pulih sepenuhnya dan Shak sudah bersedia mengibarka­n cabaran untuk negara.

Sementara itu, jurulatih negara Alisa Ajimirova percaya anak didiknya mampu mencapai sasaran enam emas.

Beliau memandang serius KL2017 justeru persiapan rapi dilakukan antaranya mendapat khidmat pakar dari Russia dan Jepun yang akan menilai serta memberi latihan kepada gimnas dari segi pergerakan, ekspresi muka dan pergerakan badan lain yang menjadi aspek penting untuk meraih mata.

Dua tahun lalu skuad gimrama negara meraih dua emas daripada acara sama apabila dua gimnasnya berkongsi pingat emas selepas mengumpul mata yang sama dalam acara gimrama individu keseluruha­n.

Dua emas diraih menerusi N Shasangari Sivaneswar­y dan Koi Sie Yan yang berkongsi jumlah mata tertinggi 60.250 mata. Gangsa menjadi milik gimnas dari Thailand, Panjarat Prawatyoti­n yang mengumpul 57.350 mata.

 ??  ?? SHAK (kiri) tak rela berputih mata di laman sendiri.
SHAK (kiri) tak rela berputih mata di laman sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia