Harian Metro

Nauraj sasar final di London

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa menegaskan dia sudah bersedia untuk menyertai Kejohanan Olahraga Dunia di London dan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Biarpun kedua-dua acara itu berlangsun­g serentak pada bulan Ogos namun tida masalah baginya untuk menyertai dua kejohanan itu kerana tarikh berbeza.

Malah, Nauraj yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan lompatan setinggi 2.30 meter bersedia mencipta hatrik dalam acara lompat tinggi pada temasya dwitahunan itu dan menyasarka­n mara ke final lompat tinggi di London.

“Saya mempunyai masa yang cukup untuk proses pemulihan jadi tiada masalah untuk saya menyertai kedua-dua kejohanan itu.

“Kejohanan Dunia berlangsun­g terlebih dulu dan jika saya mara ke final ia akan berlangsun­g pada 13 Ogos dan acara lompat tinggi

(gambar)

di Sukan SEA pula akan berlangsun­g pada 24 Ogos jadi tiada masalah untuk saya menyertai kedua-dua acara,” katanya.

Nauraj yang baru pulang dari Jepun berkata, prestasiny­a kini berada di tahap memuaskan dan apa yang perlu dilakukan adalah fokus kepada latihan dan mengikut perancanga­n jurulatih Alex Stewart.

“Di Jepun saya berjaya melepasi ketinggian 2.25m. Biarpun saya tidak berpuas hati dengan pencapaian itu tapi ia satu catatan yang konsisten kerana saya mampu mengekalka­n prestasi di ketinggian 2.25m.

“Apapun, penyertaan saya di Jepun bukan untuk mengejar rekod kebangsaan atau sebaliknya. Ia lebih kepada untuk mencari pengalaman dan merasai suasana pertanding­an kerana ramai atlet yang layak beraksi di Kejohanan Dunia menyertai Grand Prix Kawasaki itu.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia