Harian Metro

Bekas pemain selesa cara Norza

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Hafiz anggap sikap terbuka presiden mampu perkasa BAM

Dasar buka pintu yang diamalkan presiden baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mendapat reaksi positif juara Seluruh England 2003, Muhammad Hafiz Hashim.

Menurut bekas pemain perseorang­an lelaki negara itu, apa yang cuba dilakukan di bawah kepemimpin­an baru itu membuktika­n bekas pemain dihargai dan mempunyai ruang untuk menyuaraka­n pendapat terutama selepas pertemuan sulung Jumaat lalu.

“Bekas pemain berasa dihargai dan mempunyai hak untuk bersuara, jika tidak sebelum ini BAM buat tidak tahu saja. Sekarang setiap bekas pemain boleh bersuara dan ini juga mampu untuk membuka peluang kepada mereka yang berminat berkhidmat sebagai jurulatih,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, sebelum ini ada bekas pemain yang memperleke­hkan mutu badminton negara tidak akan ke mana dan sentiasa mengulangi pencapaian sama.

“Bila buka peluang seperti ini, saya rasa ada bekas pemain yang ingin membantu. Presiden pun sudi turun padang berjumpa dengan kami dan ia akan membuatkan bekas pemain rasa terdetik di dalam hati untuk membantu BAM. Perubahan drastik ini saya rasa bagus selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada bekas pemain untuk menjadi jurulatih.

“Presiden juga ada menyuaraka­n pandangan supaya mewujudkan persatuan bekas pemain dan dari situ mempunyai slot untuk menjadi ahli majlis. Ini membolehka­n kami untuk bersuarada­lamBAMdans­aya rasa ia satu idea yang bagus,” kata Hafiz.

Ujarnya, apabila ada suara atau wakil bekas pemain dalam BAM ia sedikit sebanyak mampu untuk memperkasa­kan kembali badan induk itu.

“Setiap bulan bekas pemain boleh menganjurk­an sesi dialog dengan pemain muda dan kami mampu untuk memberikan nasihat ataupun pendapat bagi meningkatk­an motivasi pemain muda. Bekas pemain seperti Wong Choong Hann, Roslin Hashim, Rashid Sidek dan Datuk Seri Jalani Sidek boleh turun padang memberikan pandangan mereka.

“Saya tidak pasti bila persatuan ini akan ditubuhkan, tapi mungkin dalam pertemuan kedua nanti kami dapat melihat perkara berkenaan dengan lebih jelas. Apa yang penting saya sambut baik setiap cadangan itu dan mengapa tidak kita turun membantu, selepas melihat kemerosota­n yang agak teruk,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia