Harian Metro

Teknik bertahan kurang mantap

-

Kuala Lumpur: Pemain beregu campuran negara, Shevon Lai mengakui antara kelemahan ketara yang harus diperbaiki ketika berganding­an bersama Goh Soon Huat adalah bagaimana untuk bertahan dengan baik apabila diasak pemain lawan.

Menurutnya, walaupun berjaya mara kali kedua ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf Grand Prix Emas, namun banyak lagi perkara harus dititikber­atkan terutama dalam usaha untuk menamatkan badi sekadar muncul naib juara.

“Banyak perkara kami perlu baiki termasuk dari segi persediaan mental. Kami juga harus bijak bagaimana untuk bersedia menjelang perlawanan sukar, kalau boleh sehari sebelum perlawanan berlangsun­g,” kata penuntut Universiti Malaya itu yang tumpas pada final Terbuka Thailand kelmarin.

Jelasnya, mereka sudah cuba sebaik mungkin dalam perlawanan akhir berdepan wakil China He Jiting-Du Yue kelmarin namun tumpas 13-21, 21-16, 12-21.

“Pemain lawan dilihat lebih bersedia berbanding kami, namun kekalahan ini memberikan kami pengalaman berguna untuk terus belajar serta berlatih dengan lebih keras selepas ini,” kata Shevon.

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, ia satu petanda baik buat Soon Huat-Shevon selepas berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Thailand kelmarin.

“Mereka akan beraksi di Sukan SEA jadi saya amat bangga dengan pencapaian Soon Huat-Shevon kerana berjaya mara ke perlawanan akhir.

“Paling penting mereka berjaya memberikan aksi terbaik ketika menumpaska­n pilihan pertama dari Thailand, Dechapol Puavaranuk­roh-Sapsiree Taerattanc­hai di separuh akhir,” katanya. diri mereka jika mahu menjadi gandingan yang digeruni lawan,” kata bekas pemain beregu wanita negara itu.

Kelmarin Soon Huat-Shevon tumpas 13-21, 21-16, 12-21 kepada He Jiting-Du Yue dari China, meranapkan harapan mereka untuk meraih gelaran sulung tahun ini.

 ??  ?? SHEVON usaha bentuk gandingan berbisa bersama Soon Huat.
SHEVON usaha bentuk gandingan berbisa bersama Soon Huat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia