Harian Metro

‘CRISTIANO BALLON D’OR’

- AFP

Madrid

Ribuan penyokong setia Real Madrid melaungkan nama Cristiano Ronaldo dan mengharapk­an bintang Portugal itu diangkat selaku pemenang Ballon d’Or ketika kelab gergasi Sepanyol itu merayakan kejayaan menjulang Liga Juara-Juara buat kali ke-12.

Ronaldo menjaringk­an dua gol ketika membantu Real menang 4-1 ke atas Juventus di Cardiff kelmarin dan keputusan itu membolehka­n Madrid muncul pasukan pertama yang berjaya mengekalka­n kejuaraan.

Tampil dengan potongan rambut baru, Ronaldo dilabel sebagai wira pada majlis yang dihadiri kira-kira 81,000 penyokong yang memenuhi stadium kebanggaan Real, Santiago Bernabeu.

“Cristiano Ballon d’Or” dan Ronaldo dilihat menyanyi bersama penyokong setia kelabnya ketika dia dijulang oleh rakan sepasukann­ya.

Ronaldo muncul pemain pilihan untuk memenangi anugerah itu buat kali kelima dan jika ia berlaku, catatan itu akan menyamai rekod Lionel Messi.

“Memang kami mengharung­i musim yang amat hebat,” kata Ronaldo.

Ini kali pertama dalam tempoh 59 tahun Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara pada musim sama.

“Terima kasih atas sokongan yang anda tunjukkan sejak perlawanan pertama lagi,” kata kapten Madrid Sergio Ramos.

“Kami sedar musim ini pasti memberikan hasil yang berbeza.

“Pasukan kami berusaha keras sejak minit pertama... kami mencipta kecemerlan­gan dengan memenangi kejuaraan berganda ini.”

Terdahulu, sambil dikawal ketat, skuad Madrid disambut pihak berkuasa tempatan sebelum berarak menaiki bas dua tingkat sambil membawa piala yang mereka menangi di sekeliling bulatan Cibeles.

“Pemain sudah boleh dianggap sebagai legenda Real Madrid. Begitu juga jurulatih kami,” kata presiden kelab

 Ribuan penyokong Real mahu wira mereka pertahan gelaran pemain terbaik dunia

Florentino Perez.

“Beliau satu-satunya jurulatih yang memenangi Liga Juara-Juara dua kali berturut-turut,” kata Perez. “Itulah sebabnya mengapa beliau wajar digelar jurulatih terbaik dunia.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia