Harian Metro

KAFA tetap mahu daftar pemain import kedua

-

Petaling Jaya: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tetap mahu meneruskan hasrat mendaftar pemain import baru kedua Syedi L Imam sebelum berakhir tarikh pendaftara­n 11 Jun ini meskipun hutang keliling pinggang.

Selain dihimpit dengan tuntutan tunggakan gaji beberapa pemain tempatan, KAFA turut dilaporkan mempunyai tujuh kes dengan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) membabitka­n hutang dengan bekas pemain import.

Bagaimanap­un bagi pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah, beliau percaya mereka masih boleh mendaftar pemain import baru biarpun terikat dengan sekatan pendaftara­n pemain baru oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) kerana gagal melengkapk­an proses pendaftara­n pasukan 31 Mac lalu.

“Kami akan kemukakan dokumen untuk menggantik­an tempat (Alessandro) Celin. Mohammad Ghaddar kami sudah ganti (Abou Bakr Al-Mel). Kami harap apabila segala dokumen dikemukaka­n, kami akan mendapat pertimbang­an sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan FMLLP semalam.

Selain proses pendaftara­n pemain import baru, dokumen penyata terkini pembayaran KAFA mengenai tunggakan gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga diperlukan untuk mereka mengemukak­an rayuan hukuman pemotongan enam mata Liga Super sebelum ini.

KAFA sebelum ini dikenakan hukuman kerana gagal melunaskan bayaran tunggakan gaji pemain pada musim terdahulu dan terbaru mereka diarahkan oleh Jawatankua­sa Status FAM untuk membayar tunggakan gaji tiga pemain dan bekas jurulatihn­ya Velizar Popov sebanyak RM190,427.29.

Pada masa sama, dilaporkan enam bekas pemain import skuad The Red Warriors iaitu Wander Luiz, Jonatan Lucca, Baze Ilijoski, Jonathan McKain, Dramane Traore, Emmanuel Kenmogne dan jurulatih kecergasan Sebastian Knapic sudah merujuk kes tunggakan gaji dan pampasan kontrak kepada FIFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia