Harian Metro

Tak buat pemeriksaa­n jantina

- DARI MUKA 1

Hafidz dan isteri mahukan kejutan, beli pakaian sesuai untuk kedua-dua jantina

Pelakon yang dikenali menerusi drama Tundukkan Playboy

Itu berkata, dia juga berpeluang merasai juadah kegemaran yang juga air tangan isterinya sepanjang Ramadan ini.

“Walaupun hamil, isteri tak suka duduk diam dan dia juga suka memasak sajian untuk berbuka serta bersahur.

“Antara menu kegemaran saya ketika berbuka ialah ayam masak lemak cili api bersama kentang. Sebelum berkahwin, saya tidak pernah makan rebung tetapi sekarang sayur rebung sudah menjadi menu kegemaran.

“Kalau pergi ke bazar Ramadan, saya dan isteri akan beli murtabak dan kuih-muih saja. Isteri juga akan bangun seawal jam jam 4 pagi untuk masak makanan bersahur kerana saya suka makan nasi,” katanya.

Mengenai persiapan menyambut kelahiran anak pula, kata Hafidz setakat ini semuanya berjalan lancar.

“Maklumlah, saya bergelar bapa pada usia yang muda. Jadi kena banyak bertanya kepada ibu bapa mengenai persediaan di bilik bersalin dan menjalani tempoh berpantang nanti.

“Saya dan isteri juga sepakat untuk tidak mengadakan pemeriksaa­n jantina bayi kerana mahukan kejutan. Sebab itu kami membeli baju yang sesuai untuk kedua-dua jantina. Begitu juga dengan nama untuk anak kami nanti.

“Ikutkan, saya inginkan bayi lelaki sebab saya anak sulung dalam keluarga tetapi isteri pula tidak kisah. Apa yang penting bayi dilahirkan sihat dan cukup sifatnya,” katanya.

Ditanya mengenai gambar bayi pula, kata Hafidz, dia juga tidak kisah berkongsi dengan peminat di laman Instagram nanti.

“Saya akan kongsi gambar bayi dengan peminat selepas isteri selesai menjalani tempoh berpantang. Namun, saya tidak pasti untuk membuat akaun Instagram khusus untuk anak kami nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia