Harian Metro

DAFI INTAI PEMINAT SEBERANG

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Jalin kerjasama dengan Ahmad Dhani untuk tembusi pasaran

muzik Indonesia

Masih terngiang-ngiang di telinga Dafi Ismail, 28, katakata seorang artis ‘senior’ yang jangka hayat seseorang artis hanya mampu bertahan lima tahun sahaja tetapi dia sudah berada dalam industri selama 10 tahun.

Ia satu perkara yang menggembir­akan Dafi. Meskipun kerjaya seninya tidak serancak dahulu namun namanya masih diingati peminat dan dia terkejut apabila single terbaru berjudul Girl sudah ditonton lebih sejuta kali di You Tube.

Girl pernah dijadikan lagu tema drama Sayang

Papa Saya Tak, lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong yang disiarkan di Astro Ria awal tahun ini.

“Saya tak sangka dengan sambutan peminat dan yakin menjadi lagu tema drama Sayang Papa Saya Tak banyak membantu mempopular­kan lagu ini. Saya akan melunaskan janji kepada peminat jika tontonan lagu ini mencecah sejuta, saya akan buat klip video.

“Jadi saya akan mengotakan janji dan akan turut membabitka­n peminat ketika rakamannya nanti. Saya akan memikirkan cara untuk memilih peminat yang akan saya umumkan dalam laman sosial saya.

“Pembabitan peminat penting kerana merekalah yang menyokong saya sehingga boleh bertahan sampai kini dan Girl mendapat jumlah tonton di luar jangkaan saya,” katanya.

Perkembang­an lain, Dafi yang bekerjasam­a dengan penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani untuk menerbitka­n albumnya sudah selesai merakamkan 10 lagu di Jakarta namun perlu menunggu semua klip video lagu siap sebelum album itu akan dipasarkan.

“Ada satu lagu duet dengan artis Ahmad Dhani iaitu bekas peserta Pencarian Maha Dewi. Sepatutnya rakaman klip video itu dibuat Ramadan ini tetapi kerana kami sama-sama sibuk, ia tidak dapat dilaksanak­an.

“Ahmad Dhani sangat teliti dan dia tidak mahu menyerahka­n kerja-kerja itu kepada orang lain, jadi kenalah tunggu sehingga dia benar-benar ada waktu untuk rakaman klip video itu.

“Semua 10 lagu ada lirik video kerana ia antara strategi agar lagu itu lebih dekat dengan peminat,” katanya.

Menjelaska­n pilihannya untuk bekerjasam­a dengan komposer itu dan bukannya orang tempatan, Dafi berkata komposer Indonesia dan Malaysia sama-sama bagus Cuma dia perhatikan ada sedikit perbezaan dari sudut kualiti apabila bekerja dengan Ahmad Dhani.

“Selain itu, saya mahu cuba menembusi pasaran muzik Indonesia,” katanya.

Lima tahun lalu, Dafi pernah ‘menjual’ bakatnya di Indonesia apabila ditawar mengacarak­an program Selebrita Siang namun selepas itu dia mendapati bidang terbabit tidak kena dengan jiwanya.

“Pembabitan saya dalam program itu sebagai salam perkenalan dengan masyarakat Indonesia dan selepas beberapa bulan, saya merasakan pengacaraa­n tidak sesuai dengan saya.

“Ketika mengendali­kannya secara langsung saya pernah terlupa skrip dan terdiam. Terus produksi menyiarkan VT lain. Memang saya tiada bakat mengacara jadi lebih baik saya fokus pada nyanyian,” katanya.

Dafi turut mengembang­kan bakatnya dalam lakonan drama dan teater.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia