Harian Metro

Luahan selepas kehilangan bapa

-

Lagu: Ketiadaan

Penyanyi: Datuk Fazley Yaakob

Komposer: Azlan Abu Hassan

Lirik: Datuk Fazley Yaacob Label & edaran: SukaSucre Creatives

Lama tidak mendengar lantunan vokal penyanyi yang kini bergelar cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Tentunya lagu cinta menjadi ‘trademark’ Fazley sehingga pernah digelar Abang Asmara pada awal kemunculan berikutan lagu Asmara Ini.

Terbaru, Fazley muncul dengan album single terbaru berjudul Ketiadaan yang berentak balada. Ini album keenamnya sepanjang bergelar penyanyi.

Pertama kali diperdenga­rkan lagu ini ketika sesi temu bual, terimbau lagu balada penyanyi lelaki seperti Rem dan Kaer suatu ketika dahulu.

Melodi ciptaan komposer Azlan Abu Hassan ternyata membuai, lebihlebih lagi apabila digandingk­an dengan suara merdu Fazley.

Ketiadaan mengisahka­n kehilangan insan tersayang. Walaupun tahu individu itu tidak akan kembali dan terpaksa akur dengan takdir, dia tetap berharap.

Secara keseluruha­n, Ketiadaan adalah lagu sedih yang mampu membuai emosi pendengar dan tidak mustahil ada menitiskan air mata.

Menurut Fazley, Kehilangan adalah luahan hatinya yang diterjemah­kan dalam bentuk lagu selepas pemergian arwah bapa tercinta.

“Sepatutnya lagu ini keluar lebih awal tetapi saya perlukan lebih masa kepada diri sendiri selain menghormat­i pemergian arwah bapa.

“Antara pesanan arwah adalah supaya saya tidak berhenti menyanyi. InsyaAllah saya akan ingat sampai bilabila,” katanya.

Lebih unik, Ketiadaan juga bakal dihasilkan dalam versi bahasa Mandarin dan Fazley bakal berkolabor­asi dengan penyanyi Soo Wincci.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia