Harian Metro

Bermodalka­n RM3,000

-

“Saya pernah merasa bekerja makan gaji, namun kemudian memilih untuk berniaga kerana minat yang menebal dalam bidang keusahawan­an di samping mahu mencari pendapatan tambahan bagi menyara keluarga.

“Selepas bisnes gagal ketika itu, saya rasa teruk sangat. Kehidupan mula terumbang-ambing, saya tidak dapat menampung keperluan keluarga dan rumah tangga juga bermasalah hingga terpaksa berpisah dengan isteri.

“Selama dua tahun juga saya menderita sebelum nekad bangkit semula sebagai usahawan. Saya kemudian mencari-cari perniagaan yang sesuai sebelum tertarik untuk menyertai seminar keusahawan­an dalam jualan susu segar anjuran Farm Fresh di Putrajaya pada 2015,” katanya.

Bermodalka­n RM3,000 pada Oktober tahun berkenaan, Murtadza kemudian menjual susu segar Farm Fresh di pasar tani, sekolah dan masjid di sekitar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Bagaimanap­un, kejayaan tidak hadir sekelip mata apabila dia turut berdepan keperitan menaikkan perniagaan barunya itu terutama untuk meningkatk­an jualan.

“Pada penghujung

2015, saya kemudian mengetenga­hkan jualan berkonsepk­an ejen setempat dan bertindak sebagai stokis. Kaedah ini awalnya dimulakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebelum diluaskan ke seluruh Malaysia.

“Hasilnya, jualan susu segar meningkat 300 peratus. Jualan memuncak selepas susu kurma yang juga produk baru Farm

Fresh yang diperkenal­kan Ramadan tahun lalu menjadi fenomena.

“Saya turut berupaya membuka kios sendiri dinamakan Milk Bar di Anggerik Mall, Shah Alam dan satu lagi bakal dibuka di KL Sentral untuk meluaskan pasaran,” katanya.

Murtadza turut menganjurk­an sesi ‘sembang susu’ menerusi laman sosial bagi membuka peluang kepada lebih ramai menyertai perniagaan berkenaan dengan menjadi ejen setempat.

Kini beliau mempunyai kira-kira 54 ejen setempat dan dua daripadany­a turut mengikut jejak langkahnya membuka kios menjual susu segar, Milk Ministry di Putrajaya dan Oh My Susu di Balakong.

Hasil kegigihan Murtadza meningkatk­an edaran susu menerusi konsep ejen setempat, dia berjaya mencapai sasaran jualan sepanjang tahun melebihi RM1 juta pada tahun lalu dan ia membolehka­n lelaki berkenaan menerima Anugerah Million Dollar. Beliau turut menerima dua lagi anugerah untuk Master Stokis dan Kepimpinan Terbaik.

Sementara itu, penerima Anugerah Juara Susu, Nurafiqah Anuar, 31, pernah mengusahak­an perniagaan mengimport tekstil tetapi terpaksa ditutup ketika negara mengalami kejatuhan nilai mata wang tahun lalu, namun beliau gigih membina semula kejayaan dalam dunia perniagaan dengan menjadi ejen setempat di bawah Murtadza.

“Saya tertarik menjual susu segar selepas susu kurma menjadi tular dan memikirkan mungkin ini peluang yang baik untuk saya kembali menjadi usahawan.

“Saya melakukan carian dalam laman sosial bagaimana untuk menjual susu segar berkenaan dan menemui ‘sembang susu’ yang dikendalik­an Murtadza.

“Tanpa berlengah, saya berjaya menempatka­n diri sebagai ejen setempat di kawasan Sentul, Kuala Lumpur, dengan modal awal RM700. Dalam tempoh dua minggu saya mampu meraih keuntungan kira-kira RM3,000.

Menurut Ketua Pegawai Operasi The Holstein Milk Company Sdn Bhd, Azmi Zainal, anugerah berkenaan bagi mengiktira­f usaha, komitmen serta kegigihan ejen pengedar dalam meningkatk­an jualan dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan, di samping menghimpun­kan usahawan produk susu segar di bawah jenama Farm Fresh. - Zaitie Satibi

 ??  ?? MURTADZA menerima anugerah disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif The
Holstein Milk Company Loi Tuan Ee sambil diperhatik­an
Azmi (dua dari kiri)
MURTADZA menerima anugerah disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif The Holstein Milk Company Loi Tuan Ee sambil diperhatik­an Azmi (dua dari kiri)
 ??  ?? NURAFIQAH diberi peluang berucap selepas menerima pengiktira­fan tertinggi, Anugerah Juara Susu.
NURAFIQAH diberi peluang berucap selepas menerima pengiktira­fan tertinggi, Anugerah Juara Susu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia