Harian Metro

TANGANI ISU NANGKA KARAT

-

Bagaimana hendak membendung masalah pemerangan pada buah nangka?

Haizal Kassim Ulu Tiram, Johor

Masalah pemerangan atau karat pada buah nangka menyebabka­n hasil pulangan tuaian buah nangka di negara ini menurun.

Ia kerana pelanggan tidak mahu membeli buah yang berpenyaki­t menyebabka­n ia tidak mendapat pasaran menggalakk­an. Masalah pemerangan ini banyak terjadi pada buah nangka madu J33.

Meskipun permintaan terhadap buah nangka madu untuk pasaran tempatan dan luar negara adalah tinggi kerana rasanya yang sedap dan manis, pemerangan pada buah nangka akan mengurangk­an hasil tuaian sebanyak 30 peratus setiap tahun.

Khasiat buah nangka termasuk membantu dalam penurunan tekanan darah dan meningkatk­an sirkulasi darah dalam badan.

Ia juga kaya dengan vitamin A dan C (anti-oksida) yang membantu menguatkan sistem daya tahan badan terhadap serangan penyakit, selain memelihara kesihatan mata dan kulit.

Dalam usaha mengatasi masalah pemerangan, sebuah syarikat yang mengusaha ladang nangka, KMT Group, mendapatka­n khidmat bantuan penyelidik Univerisit­i Putra Malaysia (UPM) yang meninjau dan mengambil beberapa sampel buah, daun, kulit pokok serta tanah untuk dianalisis.

Sekumpulan penyelidik UPM diketuai Dr Mohd Termizi Yusof, Dr Dzarifah Zulperi, Dr Siti Izera Ismail, Dr Daljit Singh Karam dan Dr Mohd Hakiman Mansor mengadakan lawatan sehari dan meninjau keadaan ladang nangka berkenaan.

Dr Mohd Termizi, pakar mikrobiolo­gi dari Jabatan Mikrobiolo­gi, Fakulti Bioteknolo­gi dan Sains Biomolekul, UPM berkata, apa yang dilihat ialah setiap pokok mempunyai masalah serangan penyakit berbeza iaitu kanker, pemerangan dan kulat.

Katanya, sampel yang diambil akan dianalisis bagi mengetahui punca penyakit, seterusnya mengambil langkah mitigasi bagi mengurangk­an penyebaran penyakit ke pokok yang sihat.

“Salah satu langkah bagi membendung atau mengurangk­an serangan penyakit ini adalah dengan melakukan penanaman campuran.

“Sanitari di kawasan ladang sebelum penanaman perlu dilakukan kerana kita tidak mengetahui vektor penyakit yang terdapat di dalam tanah mahu pun persekitar­an,” katanya.

Pakar patologi tumbuhan dari Jabatan Perlindung­an Tumbuhan, Fakulti Pertanian, UPM Dr Dzarifah pula berkata, peralatan untuk penanaman, pembajaan dan penuaian juga perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan. Ini kerana penyakit itu juga merebak melalui peralatan penanaman.

“Setakat ini, hipotesis kami adalah simptom pemerangan ini bermula selepas pembungaan wujud. Pemerangan ini juga disebabkan jangkitan bakteria Pantoeaste­wartii yang memberi kesan langsung dengan mengubah keadaan dan kualiti nangka.

“Kami mengambil beberapa sampel buah yang mempunyai kadar umur berbeza untuk dianalisis,,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar KMT Group Ng Swee Pen berkata, masalah serangan penyakit itu bukan baru di ladang itu dan pihaknya sentiasa memantau kualiti pengeluara­n buahbuahan dari ladang.

“Cuma sekarang, kami berdepan dengan serangan simptom pemerangan ini yang menyebabka­n buahbuah berkenaan tidak dapat dijual,” katanya.

Orang ramai yang mahu mendapatka­n maklumat berkenaan penyakit buahbuahan tempatan boleh menghubung­i Fakulti Pertanian, UPM di talian 0389474801 atau emel kepada dean@agri.upm.my.

 ??  ?? PENYELIDIK UPM menerangka­n simptom serangan penyakit pada
pokok nangka.
PENYELIDIK UPM menerangka­n simptom serangan penyakit pada pokok nangka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia