Harian Metro

SISWA BANTU NELAYAN

- Togi Marzuki rencana@hmetro.com.my

Sertai program melepaskan benih siput sedut di Pelancaran Tapak Projek Duta Jauhar 4.0 UiTM Pasir Gudang

Kira-kira 80 nelayan memperoleh manfaat menerusi aktiviti pelepasan 3,000 benih siput sedut sempena Majlis Pelancaran Tapak Projek Duta Jauhar 4.0 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang di Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Durian, Kukup, Pontian, Johor, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Yayasan

Pelajaran Johor (YPJ) itu membabitka­n penyertaan 37 penuntut dari Universiti Awam (UA) terbabit sekali gus memastikan sumber makanan di kawasan berkenaan terus terpelihar­a di kawasan habitatnya.

Pelepasan benih siput sedut itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup Suhaimi Salleh, Ketua Rektor UiTM Pasir Gudang Dr Ahmad Mohamad Daud Penghulu Mukim Serkat Roslan Bokari, Pegawai Perikanan Daerah Pontian Mohd

Taib Japar dan 20 anggota Sukerelawa­n Muafakat Johor dan nelayan.

Wakil penuntut, Muhammad Haziq

Hazwan Musa, 20, berkata, program itu sebahagian aktiviti luar kampus dalam usaha membantu nelayan meningkatk­an hasil tangkapan laut, selain ikan.

Katanya, benih siput berkenaan diperoleh dari beberapa lokasi di beberapa daerah di negeri ini dengan hasil bantuan nelayan dan tempoh dewasa (matang) menjangkau hingga empat bulan.

“Kami yakin dengan adanya benih siput berkenaan, kehidupan nelayan sedikit terjamin kerana harganya di pasaran agak tinggi sekali gus dapat membantu meningkatk­an pendapatan mereka.

“Selain itu, program buat julung kalinya ini akan membabitka­n pemantauan di kawasan berkenaan bagi memastikan projek dilaksanak­an itu menepati sebagaiman­a diharapkan,” katanya yang mengikuti Jurusan Pengurusan Perniagaan (Pengangkut­an).

Menurutnya, dia turut berbangga melihat penyertaan pelbagai pihak termasuk anggota sukarelawa­n dan nelayan sekali gus membuktika­n semangat setia kawan serta kerjasama antara mereka.

Seorang lagi penuntut jurusan sama, Nurul Humaira Nordin, 21, berkata program berkenaan bukan saja dapat meningkatk­an ekonomi golongan nelayan, malah pada masa berpeluang menyelami kehidupan nelayan melalui temu bual antara peserta.

“Difahamkan kehidupan sebagai nelayan sangat mencabar kerana perlu berdepan dengan pelbagai situasi termasuk faktor cuaca, laluan kapal dagang paling sibuk dan ia pastinya menjejaska­n pendapatan mereka untuk menyara keluarga.

“Bagaimanap­un menerusi program pelepasan benih siput sedut itu, diharapkan dapat memberi kesan positif kepada golongan nelayan bagi meningkatk­an hasil laut selain ikan atau udang,” katanya.

Katanya, pangkalan nelayan berkenaan dikenal pasti sebagai lokasi pembiakan siput sedut kerana dikeliling­i rimbunan hutan bakau yang luas dan redup serta tanpa pencemaran.

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Durian Kawasan 6 Mukim Serkat, Abd Razak Abd Rahman berkata, dia berterima kasih kepada pihak pengurusan universiti berkenaan yang berusaha membantu nelayan dengan melepaskan benih siput sedut di kawasan itu.

“Selain itu, golongan nelayan berpeluang berkongsi sedikit kepakaran dalam ekosistem kehidupan siput sedut itu, lokasi habitatnya di tanah lembap yang dirimbuni hutan bakau menjadi pusat pembiakan dan secara langsung sebagai hasil sampingan kepada golongan nelayan.

“Pengkalan nelayan berkenaan adalah kawasan Tapak Tanah Lembap Berkepenti­ngan Antarabang­sa (RAMSAR) yang sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Selain itu, golongan nelayan berpeluang berkongsi sedikit kepakaran dalam ekosistem kehidupan siput sedut itu, lokasi habitatnya di tanah lembap yang dirimbuni hutan bakau menjadi pusat pembiakan dan secara langsung sebagai hasil sampingan kepada golongan nelayan

 ??  ?? SESI bergambar pelajar dan nelayan sempena pelancaran Projek Komuniti Geng Siput Sedut Pontian di Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Durian, Kukup, Pontian.
SESI bergambar pelajar dan nelayan sempena pelancaran Projek Komuniti Geng Siput Sedut Pontian di Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Durian, Kukup, Pontian.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penuntut menunjukka­n benih siput sedut.
SEBAHAGIAN penuntut menunjukka­n benih siput sedut.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penuntut melepaskan benih siput sedut di sekitar Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Durian, Kukup Pontian.
SEBAHAGIAN penuntut melepaskan benih siput sedut di sekitar Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Durian, Kukup Pontian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia