Harian Metro

TIADA KESULITAN BERPUASA

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Tempoh berpuasa sekitar 19 jam tidak menjadi halangan bagi anak muda ini menjalani rutin harian sebagai penuntut Sarjana Muda Perubatan di Sechenov University di Moscow, Russia.

Bagi Syaza Izzati Zahari, 21, penuntut Malaysia atau pelajar Islam lain di sana tidak mengalami sebarang kesulitan kerana terdapat pelbagai pilihan makanan halal.

“Terdapat banyak kedai menghidang­kan juadah halal kerana rakyat Russia meminati masakan

Asia terutama dari China, Jepun dan Thailand.

“Moscow juga mempunyai masjid terbesar di Eropah jadi secara tidak langsung memudahkan umat Islam di sini beribadah terutama solat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri,” katanya yang berasal dari Putrajaya.

Pelajar tahun ketiga itu berkata, masa lapang selepas waktu kuliah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berfaedah seperti aktiviti persatuan atau bersukan.

“Selain tumpu pada pengajian, saya turut menyertai Sechenov Intervarsi­ty Games 2017 iaitu sukan membabitka­n pelajar Malaysia dari universiti lain seluruh Russia anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Russia.

“Musim sejuk di Russia berpanjang­an hampir tujuh bulan bermula dari Oktober hingga April. Pada musim sejuk pula, saya manfaatkan masa itu dengan bermain sukan musim sejuk seperti ski dan luncur ais,” katanya yang bakal menamatkan pengajian pada 2020.

Syaza berkata, terdapat pelbagai tarikan menarik selain pusat beli-belah di sekitar Moscow turut memudahkan penuntut beriadah dan membeli-belah.

“Pelbagai lokasi tarikan pelancong di sini antaranya St Basil’s Cathedral di Red Square. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat Grand Kremlin Palace, Moscow Fostress dan State Historical Museum.

“Selain itu, terdapat puluhan pusat beli-belah di sini memudahkan kami mendapatka­n barang keperluan terutamany­a pakaian musim sejuk,” katanya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, walaupun keluarga berjauhan ia tidak menjadi halangan saling berhubung dengan bantuan teknologi dan Internet yang semakin pesat serta kadar panggilan rendah.

“Semasa di perantauan saya sering merindui keluarga tercinta terutamany­a ibu, ayah, kakak dan adik tapi kami sering berhubung melalui panggilan telefon atau video.

“Makanan Malaysia seperti char kuetiau, ikan bakar, nasi berlauk dan nasi kandar turut dirindui selain masakan ibu sendiri,” katanya.

Penuntut universiti perubatan tertua di Russia itu berkata, tempoh pengajian yang panjang di universiti berkenaan menjadikan waktu cuti terhad.

“Saya hanya berpeluang pulang ke Malaysia setahun sekali iaitu pada cuti musim panas dan kali terakhir saya balik ke Malaysia adalah pada Julai dan Ogos tahun lalu.

“Pada cuti musim panas, pelajar diwajibkan menjalani latihan amali di hospital sekurang-kurangnya tiga minggu setiap tahun,” katanya.

Pelajar Malaysia di Moscow mudah dapat makanan halal, beribadat

 ??  ?? SYAZA Izzati
SYAZA Izzati
 ??  ?? BERSAMA rakan kuliah jurusan perubatan di Sechenov University.
BERSAMA rakan kuliah jurusan perubatan di Sechenov University.
 ??  ?? SYAZA Izzati (kanan) bersama kakak dan adiknya melawat tarikan pelancong sekitar Moscow, Russia.
SYAZA Izzati (kanan) bersama kakak dan adiknya melawat tarikan pelancong sekitar Moscow, Russia.
 ??  ?? MELUNCUR ais pada musim sejuk yang panjang di Russia.
MELUNCUR ais pada musim sejuk yang panjang di Russia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia