Harian Metro

Projek kuih raya ibu tunggal

Misi Wanita Berdikari perkasa ibu tunggal supaya mampu jana pendapatan

-

Ketika mengandung enam bulan dia ditinggal suami. Bermula dari situ Shiella Tukimin, 45, nekad mengubah kehidupan bagi memberikan sinar kebahagiaa­n kepada dua anaknya. Dari Ayer Hitam Johor, wanita ini bersendiri­an ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki manakala dua anak dijaga ibu di kampung.

Di Kuala Lumpur, Shiella melakukan apa saja pekerjaan antaranya berniaga, bekerja sebagai pengecat kereta, jurujual dan operator kilang. Pernah kerana tidak cukup wang dia terpaksa makan mi segera selama seminggu.

“Kehidupan sebagai ibu tunggal memang sangat memeritkan. Namun saya tidak mahu menyerah kalah kerana mempunyai dua anak yang perlu disara. Sebaik saja mampu menyewa bilik saya membawa dua anak ke Kuala Lumpur. Biarlah saya yang menjaga mereka walau apa masalah sekali pun,” katanya.

Menyedari dia perlu hidup bermasyara­kat, Shiella menyertai persatuan ibu tunggal namun selama dua tahun tiada sebarang aktiviti diadakan menyebabka­n dia rasa tertekan. Tambahan pula Shiella mengharapk­an ada bantuan daripada persatuan untuk mengajar mengenai cara menjana pendapatan.

“Oleh kerana terlalu kecewa, saya mengambil langkah drastik menubuhkan persatuan sendiri iaitu Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal

Nur Iman Kuala Lumpur Selangor (Witus). Lamakelama­an persatuan ini semakin bertambah ahlinya kepada 50 orang sehingga saya mengambil keputusan mendaftar persatuan menggunaka­n pembiayaan peribadi,” katanya.

Jelas Shiella, Witus tidak hanya dikhususka­n kepada ibu tunggal kerana turut menerima orang kelainan upaya dan kurang berkemampu­an sebagai ahli. Pengalaman sebagai ibu tunggal menyebabka­n wanita ini faham betapa sukarnya kehidupan terutama mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.

Dengan meletakkan misi Wanita Berdikari, Shiella ingin memperkasa­kan wanita supaya mereka mampu menjana pendapatan sendiri. Walaupun hanya mendapat RM10 sehari hasil daripada perniagaan Shiella menggalakk­an agar mereka terus berusaha kerana rezeki tetap ada.

“Saya sering memberikan semangat supaya mereka berusaha menjana pendapatan dengan berniaga. Ini kerana Ramadan adalah bulan untuk mencari rezeki dan melakukan amal ibadat. Tambahan pula dengan kos hidup yang semakin bertambah perbelanja­an untuk hari raya juga akan meningkat dua kali ganda dan kebanyakan ibu tunggal tidak diberikan nafkah oleh bekas suami. Jadi bagaimana mereka mampu menguruska­n diri dan anak sekiranya tidak mempunyai pendapatan tetap?,” katanya.

LAKSANA PROJEK KUIH RAYA

Berbekalka­n modal RM600 yang diberikan kepada ahli persatuan, golongan ibu tunggal di kawasan setempat menjalanka­n projek biskut raya yang beroperasi di pejabat persatuan di Batu Caves, Selangor. Ia bermula dua minggu sebelum Ramadan apabila tempahan dibuka untuk orang perseorang­an.

“Sebanyak 2,000 balang biskut sudah disiapkan dan dihantar kepada pelanggan yang menempah. Pada masa sekarang operasi membuat kuih raya hanya untuk penjualan di bazar Ramadan sekitar Batu Caves. Antara biskut yang dijual termasuk seputih salju, almond London, sarang semut, popia, pelbagai jenis kerepek, muruku dan kek,” katanya.

Projek ini terbuka kepada semua ibu tunggal yang berminat menambah pendapatan. Ia dilakukan pada hari bekerja dan juga hujung minggu dengan proses membuat kuih dimulakan pada waktu malam selepas solat

Tarawih dan berakhir sekitar jam 12 malam.

Setiap hari hampir 200 balang biskut berjaya disiapkan.

Pada harga RM25 untuk sebalang, setiap ibu tunggal yang menyertai projek ini berupaya mendapat pendapatan sekitar RM1,500 sehingga RM2,000 sebulan. Pendapatan tambahan ini digunakan untuk membeli baju baru anak-anak dan menyediaka­n keperluan hari raya.

Kata Shiella lagi, jika sebelum ini dia kerap menjalanka­n kelas membuat biskut dan kek, ini adalah masa terbaik untuk ibu tunggal mempraktik­kan apa dipelajari mereka dengan menyediaka­n kuih raya sendiri. Ia juga adalah inisiatif mereka untuk mempelbaga­i resipi yang menjadi pilihan pelanggan. Selain biskut raya mereka turut membuat kuih basah untuk dijual di bazar Ramadan.

“Sebagai presiden persatuan, saya menyediaka­n tempat untuk mereka menghasilk­an produk dan tapak berniaga yang diberikan percuma. Saya faham golongan ibu tunggal tiada modal untuk berniaga. Dengan menyediaka­n peluang berniaga sekurangku­rangnya mereka dapat menjana pendapatan seterusnya membuat simpanan untuk masa depan,” katanya. -Siti Zarinah Sahib

 ??  ??
 ??  ?? KUIH-MUIH yang dibuat dijual di bazar Ramadan.
KUIH-MUIH yang dibuat dijual di bazar Ramadan.
 ??  ?? IBU tunggal menghasilk­an kuih raya.
IBU tunggal menghasilk­an kuih raya.
 ??  ?? ANTARA kuih raya yang sudah disiapkan.
ANTARA kuih raya yang sudah disiapkan.
 ??  ?? SHIELLA
SHIELLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia