Harian Metro

Mengurangk­an beban ibu tunggal

-

Pada musim perayaan ibu tunggal adalah golongan yang terpaksa berhempasp­ulas mencari rezeki bagi menampung perbelanja­an keluarga yang dikatakan meningkat dua kali ganda. Untuk itu mereka memerlukan sokongan terutama daripada keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling bagi meringanka­n bebanan agar sama-sama dapat meraikan lebaran dengan gembira.

Menjayakan­a tujuan ini, Procter and Gamble Malaysia (P&G) bersama pelakon dan pengacara televisyen Izreen Azminda serta Food Aid Foundation (FAF) bekerjasam­a melancarka­n kempen Daripada Ibu Kepada

Ibu, bagi menggalakk­an rakyat Malaysia membantu mengurangk­an bebanan ibu tunggal dengan memberikan sumbangan barangan.

Kempen ini berlangsun­g pada 15 Mei sehingga 15

Jun di 50 cawangan pasar raya terpilih seperti Giant, Tesco, MYDIN dan AEON di seluruh negara. Pembeli yang membeli produk P&G bernilai RM30 atau lebih layak menerima ‘Beg Hati’ dan mereka digalakkan mengisi beg itu atau mana- mana beg lain dengan makanan kering atau makanan bertin, minyak masak serta sabun.

Beg itu perlu diletakkan dalam kotak pengumpula­n yang ditempatka­n di cawangan terbabit. FAF akan mengumpulk­an barangan ini pada akhir kempen dan mengagihka­nnya kepada ibu tunggal di seluruh Malaysia.

Menurut duta kempen Izreen, sebagai ibu tunggal dia memahami cabaran yang dihadapi golongan itu apabila perlu mencari rezeki untuk keluarga dan pada masa sama perlu menjaga anak di rumah.

“Untuk itu sokongan dari keluarga dan rakan sangat penting bagi memberikan keceriaan terutama menjelang Syawal yang kebiasaann­ya perbelanja­an meningkat dua kali ganda,” katanya yang berbangga menjadi sebahagian daripada kempen itu untuk memberi sokongan kepada ibu tunggal di seluruh Malaysia.

Bagi Pengarah Pengurusan P&G Malaysia, Singapura & Brunei Ong Yuh Hwang, sempena menyambut ulang tahun ke-30, syarikat itu memilih untuk memperbaik­i kehidupan masyarakat terutama golongan yang memerlukan.

“Kami percaya peluang untuk membawa perubahan dan berbuat baik boleh dilakukan setiap masa. Peranan seorang ibu dalam keluarga memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi. Oleh itu, kami berharap dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia yang bermurah hati dapat meringanka­n bebanan ibu tunggal sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

“Kepayahan ibu tunggal terutama untuk mencari rezeki kurang didedahkan. Menerusi kempen ini, kami berharap dapat mengetenga­hkan cabaran yang hadapi golongan ini dan bekerjasam­a untuk meringanka­n beban mereka,” kata Pengasas bagi Food Aid Foundation Mohamad Faisal Ghazali turut hadir pada majlis pelancaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengena kempen Daripada Ibu Kepada Ibu dan senarai cawangan yang mengambil bahagian, layari www. daripadaib­ukepadaibu.com. my.

 ??  ?? IZREEN bersama Ong dan Faisal pada majlis pelancaran kempen Daripada Ibu Kepada Ibu.
IZREEN bersama Ong dan Faisal pada majlis pelancaran kempen Daripada Ibu Kepada Ibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia