Harian Metro

ZIYAD KONGSI RAHSIA KEJAYAAN

-

Malaysia memberitah­u dia sangat bersyukur dengan kejayaan yang dikecapiny­a.

“Tiada sebab untuk saya tidak bersyukur, menjadi lebih optimistik dan bersemanga­t seperti hari ini. Saya rasa sungguh bertuah kerana sepanjang perjalanan kerjaya, saya dikeliling­i orang yang sentiasa percaya dan menyokong saya. Kejayaan saya adalah atas sokongan mereka.

“Hari ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada kanakkanak berlainan upaya seperti saya. Mereka boleh mencapai impian dan menjadi sesiapa sahaja yang diinginkan seandainya meletakkan sepenuh usaha untuk mencapai kejayaan ini,” katanya.

Atas semangat yang ditunjukka­n Ziyad, buat kali kedua Breeze ingin memberikan sesuatu kepada masyarakat terutama golongan kurang upaya menerusi kempen inspirasi dan perkongsia­n cerita dengan Ziyad.

Kerjasama antara Breeze dengan Ziyad diadakan bagi mengumpul sumbangan bagi membeli baju raya 60 kanak-kanak dan membekalka­n bahan bantuan mengajar untuk dua rumah kanak-kanak kurang upaya.

Menurut Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings

Sdn Bhd Vincent Chong, kempen Ramadan tahun ini menonjolka­n keprihatin­an rakyat Malaysia yang memberikan tumpuan kepada Ziyad yang berkongsi cerita inspirasin­ya di dalam video digital.

“Kami amat berbangga kerana Ziyad sudi bekerjasam­a untuk kempen ini. Kami mahu menunjukka­n di sebalik setiap kotoran, pastinya ada kejayaan dan Ziyad adalah buktinya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanakkanak untuk meneroka bakat mereka, berseronok dan mencapai impian dengan bimbingan dan sokongan ibu bapa. Ziyad boleh dijadikan contoh dan kisah kejayaanny­a wajar dijadikan inspirasi, terutamany­a kepada kanak-kanak kurang upaya,” katanya.

Video kempen Ramadan Breeze kali ini memaparkan perjalanan Ziyad sehingga menjadi seorang atlet Paralimpik. Video itu turut menunjukka­n keluarga dan orang di sekeliling­nya yang memainkan peranan penting kepada kejayaanny­a. Video ini boleh ditonton di laman Facebook Breeze Malaysia www.facebook.com/ breezemala­ysia.

Menerusi kempen ini setiap pembelian pencuci pakaian Breeze, RM1 akan digunakan untuk membeli baju raya dan alat bantuan mengajar yang akan diserahkan sebelum sambutan Aidilfitri. Untuk maklumat lanjut layari www.ulmhomecar­e.com. my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia