Harian Metro

153 kanak-kanak terima SUMBANGAN

-

Kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira menyambut kedatangan Syawal. Bagi mereka memakai pakaian dan kasut baru menjadi satu kemestian. Bagi yang kurang bernasib baik lebaran tentunya disambut secara sederhana. Sama ada mengenakan pakaian pemberian atau dibeli apa yang disediakan itulah yang akan digayakan.

Bagi 153 kanak-kanak kurang bernasib baik dari Sekolah Jalinan Kasih Chow Kit pastinya sumbangan Pengarah Urusan iLM

Legacy Sdn Bhd, Tuan Wan Nong Muzafar memberikan kelegaan buat mereka.

Ini kerana sumbangan berbentuk duit raya membolehka­n mereka membuat persiapan dan merasai keseronoka­n beraya.

Pada usia empat atau lima tahun kebanyakan­nya masih belum memahami kesempitan hidup, tetapi sumbangan itu dapat meringanka­n bebanan ahli keluarga yang menjaga mereka.

Menurut Tuan Nong Muzafar, walaupun kanakkanak itu hidup serba kekurangan namun mereka perlu berfikiran positif dan menjalani ibadat puasa sama seperti insan lain.

“Setiap tahun syarikat kami menjalanka­n aktiviti seumpama ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampu­an dan tahun ini saya terpanggil untuk datang ke Sekolah Bimbingan Jalinan kasih ini untuk berkongsi sumbangan, memberi sokongan dan motivasi kepada pelajar sekolah,” katanya.

Selaku Pakar Strategi Perniagaan, Tuan Nong Muzafar berharap aktiviti dan program seumpama ini dilakukan bukan sahaja ketika Ramadan tetapi diteruskan pada hari dan perayaan yang lain. Usaha bersama ini akan dapat memberi sinar harapan dan sokongan kepada mereka untuk menyambut Syawal dengan lebih bermakna.

Sumbangan turut diterima dari rakan niaga dan kenalan rapat yang mahu mengambil bahagian dalam acara ini. Selain menyumbang, aktiviti ini juga merapatkan ukhuwah dan jalinan antara satu sama lain. Sumbangan untuk kanak-kanak ini diserahkan kepada Datuk Mazlan Mohamad selaku pengasas sekolah dan juga Guru Besar, Zulkernai Fauzi.

Banyak aktiviti yang sudah dirancang untuk masa akan datang. Antaranya memberi khidmat nasihat dan motivasi kepada pelajar yang berminat menjalanka­n perniagaan. Ini dapat memupuk minat pelajar dalam perniagaan bagi kelangsung­an hidup dan membantu keluarga.

 ??  ?? TUAN Nong Muzafar (berbaju putih) beramah mesra dengan kanak-kanak Sekolah Jalinan Kasih Chow Kit.
TUAN Nong Muzafar (berbaju putih) beramah mesra dengan kanak-kanak Sekolah Jalinan Kasih Chow Kit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia