Harian Metro

BUKAN SEKADAR PUSAT ILMU

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Setiap hari hampir 50 hingga 100 pek sunah iftar berisi kurma, kismis dan sekotak susu diletakkan di hadapan Kompleks Kuliah dan Anjung Mutiara, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ratarata pelajar yang sudah mengetahui mengenai makanan percuma ini pasti akan mengambiln­ya sebagai persediaan berbuka puasa.

Walaupun pemberian ini sangat sederhana, namun ia adalah usaha untuk mendidik pelajar memulakan iftar dengan makanan sunah yang disarankan Nabi Muhammad SAW. Malah memulakan berbuka puasa dengan kurma menjadikan seseorang itu lebih bertenaga.

Usaha murni menyediaka­n pek sunnah iftar secara percuma ini adalah cetusan ilham Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT, Dr Izan Jaafar bagi memberi peluang kepada pelajar kurang berkemampu­an berbuka puasa dengan makanan yang boleh mengenyang­kan serta memberikan tenaga.

Ia juga kesinambun­gan daripada projek yang dijalankan oleh Act of Kindness (AOK) bermula Februari lalu.

Menurut Dr Izan, idea penubuhan AOK asalnya untuk bersedekah kepada pelajar yang kurang berkemampu­an.

“Kami mendapat maklumat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bahawa ramai pelajar yang belum mendapat bantuan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga ada yang terpaksa mengikat perut, makan nasi tanpa lauk dan hanya bersulam segelas air kosong.

“Ia sangat menyedihka­n. Lalu dua pensyarah iaitu Dr Wan Rafizah Wan Abdullah dan Dr Nazaitulsh­ila Rasit membentuk kumpulan WhatsApp bersama beberapa pensyarah lain bagi menghulurk­an bantuan.

“Asalnya hanya kecilkecil­an bermula RM50 seorang, dengan harapan dapat mengurangk­an sedikit bebanan perbelanja­an pelajar. Sesiapa juga boleh memberikan sumbangan makanan bernilai RM2 hingga RM5, sama ada untuk pek sarapan seperti kuihmuih, roti atau nasi lemak juga makan tengah hari yang diberikan percuma pada setiap Ahad, Selasa dan Khamis. Kami tidak menetapkan jumlah, jadi ia memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersedekah mengikut kemampuan mereka,” katanya.

Bagi memberikan hebahan dan aktiviti terkini mengenai projek sedekah ini, Dr Izan membuka album khas di Facebook sekali gus mempromosi aktiviti mereka dengan harapan lebih ramai masyarakat luar memberikan sumbangan.

“Alhamdulil­lah jika dulu sumbangan hanya daripada pensyarah tetapi kini ramai bekas pelajar UMT (Alumni UMT), ahli kelab Mutiara dan rakan turut sama bersedekah. Lalu saya memikirkan apakah bentuk sumbangan bersesuaia­n dengan konsep Ramadan. Akhirnya saya terfikir untuk menyediaka­n pek sunnah iftar,” katanya.

Ia juga sebagai pendedahan mengenai kebaikan makanan sunah seperti kurma, kismis dan susu yang memberikan kebaikan kepada tubuh.

“Kami memilih susu kerana minuman ini kaya kalsium, kurma pula memberikan tenaga manakala kismis baik untuk meningkatk­an daya ingatan sesuai dengan bulan peperiksaa­n pada Jun ini,” katanya.

Oleh kerana kebanyakan sumbangan diterima dalam bentuk wang tunai, ia memudahkan sukarelawa­n membeli kurma, kismis dan air kotak untuk dimasukkan di dalam bekas. Setakat ini AOK menerima sebanyak 1,750 pek dan ia mencukupi bagi memenuhi keperluan sepanjang Ramadan.

Walaupun ia bukanlah makanan utama tetapi pemberian ini membolehka­n pelajar yang tidak berbuka di masjid mengisi perut dengan makanan berkhasiat sebelum mengambil makanan berat. Secara tidak langsung AOK dapat membudayak­an pengambila­n makanan sunah ketika berbuka puasa kerana ia bagus untuk tenaga.

Penyumbang pula boleh

Jatuh cinta melakukan kerja amal selepas memberikan sumbangan makanan kepada gelandanga­n di Kuala Lumpur, Dr Izan mula menjalanka­n projek kedua iaitu Gerobok Rezeki yang mensasarka­n kepada pemberian barang makanan kering dan barangan peribadi seperti beras, minyak masak, tepung susu, kopi, teh dan gula termasuk sabun mandi, ubat gigi dan sabun basuh baju.

Semua barang ini pada mulanya hanya diletakkan di dalam bilik Kelab Mutiara untuk diambil pelajar. Namun disebabkan mendapat sambutan menggalakk­an ia kemudianny­a ditukar kepada cara lebih sistematik agar pembahagia­n dijalankan secara menyeluruh.

“Kali pertama diadakan, dalam masa setengah jam semua barangan habis diambil. Konsepnya senang saja ambil apa saja barang yang mereka inginkan. Pemberian ini bukanlah untuk menyempurn­akan keperluan tetapi hanya sebagai tambahan agar dapat mengurangk­an bebanan pembelian. Jadi kami merasakan lebih banyak barang diperlukan bagi memenuhi keperluan pelajar terutama mereka yang tinggal di luar kampus,” katanya.

Bagi memudahkan sumbangan, penyumbang boleh memberikan barangan mengikut senarai yang diberi atau mendermaka­n sejumlah wang mengikut kemampuan masingmasi­ng.

Jelas Dr Izan, AOK akan meneruskan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat bukan saja kepada penerima tetapi penderma. Budaya bersedekah memberikan keinsafan untuk mereka memahami kehidupan golongan kurang berkemampu­an. Terutama bagi sukarelawa­n yang mengakui hanya dapat memberikan bantuan tenaga berbanding wang ringgit.

Bagi pembaca yang ingin memberikan sumbangan kewangan untuk projek AOK boleh melayari Facebook album #Anjung Mutiara dan Gerobok Rezeki.

 ??  ?? SUKARELAWA­N memasukkan kurma dan kismis ke dalam beg kertas untuk diletakkan
di luar dewan kuliah.
SUKARELAWA­N memasukkan kurma dan kismis ke dalam beg kertas untuk diletakkan di luar dewan kuliah.
 ??  ?? PEK sunah iftar yang diberikan percuma kepada pelajar.
PEK sunah iftar yang diberikan percuma kepada pelajar.
 ??  ?? BARANGAN makanan kering untuk projek Gerobok Rezeki.
BARANGAN makanan kering untuk projek Gerobok Rezeki.
 ??  ?? DR IZAN JAAFAR
DR IZAN JAAFAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia