Harian Metro

UTAMAKAN NYAWA dalam kebakaran

-

PEPATAH ada menyebut sediakan payung sebelum hujan iaitu bersedia dalam apa juga keadaan kerana malang tidak berbau dan berupaya meragut nyawa serta harta benda dalam sekelip mata.

Ia adalah dua perkara utama yang cuba disampaika­n kepada masyarakat dalam usaha mendidik diri supaya lebih bersedia menghadapi situasi kebakaran pada bila-bila masa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) bertanggun­gjawab menangani kebakaran yang berlaku, namun orang ramai juga mempunyai peranan tersendiri dalam usaha mencegah dan menghadapi situasi jika berlaku kebakaran.

Budaya utamakan keselamata­n

Kempen kesedaran bahaya kebakaran adalah sebahagian daripada tanggungja­wab JBPM untuk menerapkan kepada masyarakat mengenai budaya mengutamak­an keselamata­n pada sebarang situasi terutamany­a ketika berlaku kebakaran.

Masyarakat perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi keadaan kecemasan seperti kebakaran tanpa mengira tempat. Setiap individu wajar mengetahui langkah yang perlu diambil ketika situasi begitu terjadi.

Kempen kesedaran memberi fokus untuk mendidik masyarakat mengenai tiga perkara asas yang perlu diberi perhatian di kediaman masing-masing.

Sebagai persediaan kebakaran, setiap rumah perlu memiliki alat pemadam api.

Ia adalah perkara paling asas dan utama yang wajar dilaksanak­an oleh orang ramai bermula di kediaman mereka.

Pemadam api mampu digunakan untuk mengendali­kan kebakaran kecil sebelum ia merebak ke ruang yang lebih besar.

Perkara kedua ialah memasang pengesan asap di lokasi yang bersesuaia­n di dalam rumah.

Pengesan asap juga menjadi benda penting kerana dalam situasi kebakaran, asap merebak dengan lebih pantas serta berupaya meragut nyawa manusia kesan daripada sesak nafas.

Pengesan asap mampu mengeluark­an siren sebagai amaran kepada penghuni di dalam rumah supaya tindakan pantas dapat diambil.

Perkara ketiga adalah pemasangan jeriji di kediaman perlu dilakukan dengan cara yang betul mengikut garis panduan oleh Bahagian Keselamata­n Kebakaran JBPM iaitu menyediaka­n jalan keluar kecemasan melalui jeriji `mudah buka’.

Pemasangan jeriji dengan cara yang salah hanya akan mengakibat­kan mangsa kebakaran terperangk­ap di dalam rumah sekiranya tidak dapat keluar melalui pintu utama.

Nyawa dahulu, barang kemudian

Ini adalah antara langkah penting untuk memudahkan bomba menyelamat­kan mangsa tidak kira di kediaman jenis bertingkat atau perumahan taman.

Selain itu, pada situasi kebakaran, masyarakat perlu mengutamak­an nyawa terlebih dahulu sekiranya tidak berpeluang menyelamat­kan barangan lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia