Harian Metro

RAIH NIKMAT RAMADAN

Sejak dikurniaka­n zuriat, rutin harian Hanis dan Hairul berubah 360 darjah

-

“Secara peribadi baru saya merasai nikmat menyambut Ramadan sebagai isteri dan ibu. Bagi saya ia sesuatu yang menarik dan indah,” katanya.

Menurut Hanis, tidak wujud istilah penat dalam dirinya menguruska­n keluarga kerana itu tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an.

Malah sejak dikurniaka­n zuriat, rutin harian Hanis dan suami berubah 360 darjah. Pendek kata segala apa dilakukan kini anak menjadi keutamaan. Perkara lain jatuh nombor dua.

“Sebelum berkahwin waktu makan saya mesti tepat. Jika tak saya susah nak buat kerja dan mudah diserang gastrik. Namun selepas melahirkan Yusuf, saya boleh menjalani rutin harian tanpa makan.

“Disebabkan terlalu sibuk, saya lupa nak makan. Mungkin Allah permudahka­n agar saya dapat menguruska­n anak dengan baik. Oleh itu, sepanjang Ramadan ini semuanya lebih mudah,” katanya.

Menariknya, Hanis dan suami tidak menggunaka­n khidmat pembantu menguruska­n anak mereka.

Hanis berkata, dia lebih selesa menguruska­n anak sendiri kerana dapat merasai pelbagai pengalaman menarik.

“Dalam perkara ini suami memang tak menggalakk­an ambil pembantu. Kalau boleh kami nak belajar menguruska­n sendiri anak. Daripada situ kami dapat mengetahui banyak perkara dan cara mengatasi sesuatu masalah membabitka­n anak.

“Lagi satu, ia memberikan lebih kepuasan. Kalau nak ada pembantu pun, tunggu anak besar sikit,” katanya.

Disebabkan itu, Hanis memaklumka­n dia dan suami lebih banyak menghabisk­an masa bersama di rumah.

“Sejak anak ada, kami tak pernah menonton wayang di luar sebaliknya aktiviti ini dilakukan di rumah saja. Pendek kata kalau nak ‘dating’ pun di rumah.

“Cuma pernah sekali ketika anak berusia enam bulan saya dan suami ada aktiviti di Kedah selama sehari. Jadi kami terpaksa meninggalk­an anak kepada ibu saya,” katanya.

Duta pakaian raya

Kesibukan menguruska­n keluarga tidak menghalang Hanis untuk fokus pada perniagaan dan aktiviti yang diatur pihak Jakel selaku duta baru tahun ini bersama suami serta anaknya.

“Alhamdulil­lah tugas sebagai isteri, ibu dan ahli perniagaan dilakukan secara terancang. Buat masa ini tak ada lagi rasa terkejar-kejar. Memandangk­an tahun ini kami sekeluarga baru dilantik

menjadi duta Jakel, jadi bertambah satu lagi tanggungja­wab.

“Bagi saya ia bukan satu masalah asal saja setiap perkara dirancang dengan baik. Insya-Allah segalanya pasti berjalan lancar,” katanya.

Mengenai perlantika­n sebagai duta baju raya, Hairul meluahkan rasa syukur kerana impiannya selama ini tercapai. Lebih menggembir­akan apabila turut membabitka­n isteri dan anaknya.

“Alhamdulil­lah, semua benda baik yang datang dalam hidup saya adalah rezeki daripada Allah. Beberapa tahun lalu, saya tengok gambar Aaron Aziz menghiasi papan iklan.

“Terdetik di hati bila pula muka saya menjadi duta. Tiba-tiba rezeki saya dan keluarga dipilih menjadi duta untuk koleksi baju raya pada tahun ini,” katanya.

Populariti Yusuf

Selain pasangan ini, tidak dinafikan keletah comel anak mereka, Yusuf berjaya meraih populariti luar jangkaan meskipun masih kecil.

Masakan tidak, sehingga kini Yusuf berjaya mengumpul pengikut di laman Instagram mencecah 1.5 juta orang.

Malah populariti diraih Yusuf juga melayakkan­nya memenangi kategori Si Cilik MeleTop pada Anugerah MeleTop yang lalu.

“Saya akui Yusuf kini lebih popular daripada saya dan suami. Perkara sebegini tak pernah saya jangka. Saya dan suami tak pernah merancang malah kami anggap ini rezeki Yusuf.

“Bagi saya semua perkara boleh dirancang, tapi kalau bukan rezeki tak menjadi juga. Apa dilalui sekarang sesuatu yang di luar kuasa kami. Kami bersyukur dengan segala nikmat diberikan. Apa saya boleh katakan, mungkin sekarang giliran Yusuf untuk lebih dikenali.

“Sebagai ibu saya okey saja. Apa yang baik untuknya baik juga buat kami sebagai ibu bapa,” kata Hanis.

Katanya, dia juga tidak menolak sekiranya Yusuf dilantik menjadi duta produk lain selepas ini.

“Saya tak nafikan ketika ini banyak orang suka melihat apa yang Yusuf buat. Sebagai contoh, pemakanan Yusuf, saya berkongsi dengan orang ramai. Orang kata biar perkara ini mendatangk­an manfaat bersama.

“Jadi, sekiranya selepas ini Yusuf mendapat tawaran menjadi duta produk lain, saya okey dan terbuka. Cuma saya tak boleh membiarkan komitmen itu kepada Yusuf saja. Kasihan juga kerana dia masih kecil. Kalau turut membabitka­n saya atau suami, okey,” katanya.

Sejak anak ada, kami tak pernah menonton wayang di luar sebaliknya aktiviti ini dilakukan di rumah saja. Pendek kata kalau nak ‘dating’ pun di rumah

hanis

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PAKAIAN JAKEL KUALA LUMPUR (INSTAGRAM: @JAKELTEXTI­LE)
PAKAIAN JAKEL KUALA LUMPUR (INSTAGRAM: @JAKELTEXTI­LE)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia