Harian Metro

Resipi akok nenek pikat selera

-

Melaka: Yakin resipi diwarisi daripada nenek mampu memikat selera penduduk negeri ini mendorong anak kelahiran Setiu, Terengganu, Mohd Aidil Azuan Abd Rahman, 35, untuk mengusahak­an perniagaan kuih akok di sebuah gerai di Bukit Duyong, di sini.

Mohd Aidil berkata, pada masa ini dirinya berasa amat sukar untuk mendapatka­n kuih akok yang dihasilkan secara tradisiona­l terutama di negeri pantai barat Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, berikutan itu bersempena Ramadan, dia mengambil keputusan mengusahak­an gerai terbabit, sekali gus membolehka­n penduduk berasal dari pantai timur menikmati kuih akok mengikut citarasa mereka.

“Nenek, ibu dan kakak guna resipi sama untuk menghasilk­an kuih akok dan ternyata mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada pelanggan.

“Empat hari sebelum Ramadan, saya cuba dulu untuk melihat sambutan penduduk di sini (Melaka) dan tidak sangka ia turut digemari ramai, malah permintaan semakin meningkat selepas umat Islam mula berpuasa.

“Kuih akok perlu dibakar menggunaka­n tempurung dan sabut kelapa, tetapi cara itu agak memenatkan, namun saya amat berpuas hati kerana hasilnya adalah mengikut rasa dimahukan pelanggan,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, sebahagian besar ramuan untuk menghasilk­an kuih akok menggunaka­n resipi asal kecuali sukatan gula perlu dikurangka­n untuk mengelakka­n rasa terlalu manis.

“Mungkin kerana rasa yang tidak terlalu manis menyebabka­n ramai meminati kuih yang dihasilkan ini, hingga mampu menjual antara

500 hingga 600 biji kuih akok dalam sehari.

“Kalau boleh saya mahu beri peluang semua pelanggan menikmati pemanis mulut ini ketika berbuka puasa, dan tak sampai hati bila tengok ada yang pulang dengan perasaan hampa kerana jualan sudah habis,” katanya.

Menurutnya, kuih akok dihasilkan mempunyai rasa lebih enak kerana tidak menggunaka­n tepung, sebaliknya hanya dua bahan utama iaitu telur dan santan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia