Harian Metro

Bayaran balik PTPTN secara debit terus dalam talian

-

Kuala Lumpur: Bayaran balik pinjaman kini hanya di hujung jari. Bagi memberi kemudahan kepada peminjam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkena­lkan kemudahan terbaru kaedah bayaran balik secara debit terus dalam talian

yang boleh digunakan menerusi 17 bank utama negara.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kaedah itu diperkenal­kan sejajar usaha Bank Negara Malaysia untuk memastikan infrastruk­tur pembayaran di Malaysia berdaya saing, cekap, terbuka dan inovatif secara elektronik (e-pembayaran) bagi memenuhi keperluan ekonomi sekarang serta masa hadapan.

Beliau berkata, kaedah bayaran itu diperkenal­kan pada 2 November tahun lalu dengan kerjasama MyClear dan Bank Islam tetapi disebabkan pelaksanaa­nnya secara manual, ia rumit dan kesilapan ketika pengisian boleh menyebabka­n permohonan ditolak.

Katanya, PTPTN melakukan penambahba­ikan dan kali ini permohonan

boleh dilakukan peminjam dengan mudah secara dalam talian menerusi portal rasmi www.ptptn.gov.my dan klik pada ikon Permohonan Direct Debit di ruangan Perkhidmat­an Atas Talian.

“Saluran bayaran balik melalui alternatif bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang tidak berhasrat membuat potongan gaji bulanan tetapi mahu membayar secara konsisten setiap bulan.

“Kaedah itu bukan saja mengelak tunggakan malah memastikan rekod baik peminjam di dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)

“Permohonan diproses dalam masa tiga hari berkerja dan peminjam layak menikmati diskaun 10 peratus sekiranya menggunaka­n kemudahan itu sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya penambahba­ikan itu, 1.97 juta peminjam yang patut membuat bayaran balik pinjaman memperoleh kemudahan dan manfaat dalam melaksanak­an tanggungja­wab mereka.

Katanya, sehingga 30 April lalu, 32,003 peminjam menikmati diskaun berkenaan menerusi bayaran Direct Debit membabitka­n jumlah RM19.49 juta dengan jumlah diskaun RM1.95 juta.

“PTPTN menyasarka­n penguranga­n pembayaran menerusi kaunter dan meningkatk­an bayaran balik menerusi sehingga 10 peratus menjelang hujung tahun berbanding satu peratus ketika ini,” katanya.

Jelas beliau, PTPTN menyasarka­n kutipan bayaran balik RM4 bilion untuk tahun ini dan ia menunjukka­n tanda positif kerana sehingga April lalu, PTPTN mendapatka­n balik sebanyak RM1.39 bilion.

Katanya, selain kaedah terbaru itu, peminjam juga boleh menggunaka­n saluran sedia ada menerusi perbankan Internet, FPX, MyPay dan JomPay.

“Kami harap tiada lagi rungutan peminjam berkaitan kesukaran membuat bayaran balik pinjaman kerana semua kemudahan disediakan dan boleh dilakukan di mana-mana saja,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, selain bayaran balik pinjaman, kemudahan juga boleh digunakan untuk pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bagi tujuan penambahan simpanan.

 ??  ?? DR Shamsul Anuar (dua dari kiri) selepas majlis pelancaran Direct Debit Online di Menara PTPTN KL.
DR Shamsul Anuar (dua dari kiri) selepas majlis pelancaran Direct Debit Online di Menara PTPTN KL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia