Harian Metro

PACU PERTUMBUHA­N

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Maybank lancar platform teknologi kewangan kerjasama serantau

Malayan Banking Berhad (Maybank), kumpulan perbankan terbesar Malaysia melancarka­n platform teknologi kewangan kerjasama serantau, Sandbox bertujuan memacu pertumbuha­n teknologi kewangan ASEAN dengan lebih pantas.

Platform yang pertama seumpamany­a di ASEAN itu menyediaka­n pelbagai peluang kepada syarikat baru dan ahli inovasi untuk membangun dan menguji idea baru kerana ia adalah ekosistem teknologi kewangan yang lengkap membabitka­n semua komponen penting secara percuma.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias berkata, menerusi platform Sandbox oleh Maybank ini, ia dapat mengisi jurang dengan menyediaka­n pelbagai alatan dan keupayaan bagi menjalin kerjasama dengan bakat pintar ASEAN.

Beliau berkata, dalam dunia hari ini, kemajuan teknologi dan digital sudah mengubah pelbagai industri yang mendorong pertumbuha­n dan dalam dunia kewangan, tanggungja­wab itu diterajui golongan usahawan dan syarikat dikenali sebagai

“Meskipun kebanyakan negara di rantau ASEAN berterusan melabur untuk membangun dan memupuk sektor ini, namun pertumbuha­nnya dilihat masih perlahan berbanding hab teknologi kewangan sedia ada seperti di Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Platform Sandbox Maybank unik kerana ia mempunyai kemudahan akses kepada pemain utama industri di rantau ini dan juga seluruh dunia dalam ekosistem yang menyokong sebarang pola teknologi yang baru muncul seperti digital, Internet Segalanya (IoT), sosial, Cloud dan sumber terbuka.

Sebarang idea yang dikemukaka­n dalam platform Sandbox Maybank boleh merangkumi perkhidmat­an baru, produk, alatan, permainan atau kod. Lebih menarik, ia boleh dicipta oleh sesiapa saja yang pada kebiasaann­ya menyediaka­n maklumat penting seperti skop dan kes sebenar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan Maybank Mohd Suhail Amar Suresh berkata, apa yang Maybank tawarkan adalah satu platform untuk syarikat pemula, dan mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasam­a, eksperimen serta menguji prototaip sebarang idea atau penyelesai­an inovasi yang mereka ada.

“Matlamat kami mahu menjadi platform utama untuk ahli teknologi, peminat teknologi dan juga pelajar dari seluruh dunia yang mahu belajar mengenai pembanguna­n penyelesai­an yang bukan saja datang daripada bank, malah broker, syarikat insurans dan organisasi bukan perbankan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia