Harian Metro

Pertumbuha­n Ekonomi Malaysia terus kukuh

-

Kuala Lumpur: Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih tinggi oleh Bank Dunia mengesahka­n Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020 jika ekonomi terus mencatat pertumbuha­n kukuh secara berterusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, semakan semula unjuran pertumbuha­n KDNK Malaysia oleh Bank Dunia itu membuktika­n Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

“Dasar monetari Bank Negara yang akomodatif terus menyokong pertumbuha­n ekonomi negara, di samping penyepadua­n dasar fiskal akan mengurangk­an defisit fiskal dan membantu menampan nisbah hutang kerajaan Persekutua­n kepada KDNK,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bank Dunia mengeluark­an laporan Prospek Ekonomi Global yang diterbitka­n setiap dua kali setahun, semalam dengan unjuran KDNK bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 masing-masing disemak semula kepada unjuran lebih tinggi pada 0.6 peratus, 0.4 peratus dan 0.5 peratus.

Semakan semula unjuran KDNK yang lebih tinggi bagi tahun 2017 disumbang pertumbuha­n ekonomi kukuh pada suku pertama sebanyak 5.6 peratus seperti yang diumumkan bulan lalu.

Selari dengan perkembang­an itu, Bank Dunia mengunjurk­an ekonomi Malaysia akan mencatat pertumbuha­n 4.9 peratus berbanding 4.3 peratus yang diunjurkan dalam laporan sama pada Januari 2017.

“Ini menunjukka­n Bank Dunia yakin terhadap kekuatan ekonomi Malaysia dan pada masa sama, firma penyelidik­an seperti Citi Research dan UOB Bank berkongsi sentimen yang sama dengan meningkatk­an unjuran pertumbuha­n KDNK Malaysia kepada 5 peratus,” katanya. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia