Harian Metro

21 orang awam terkorban

-

Beirut: Serangan udara oleh pakatan diketuai Amerika Syarikat Isnin lalu menyebabka­n 21 orang awam terkorban ketika mereka melarikan diri dari kubu Daish di Raqqa, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR).

“Mereka orang awam yang menaiki sebuah bot kecil di utara Sungai Furat untuk melarikan diri dari Raqqa,” kata pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman.

Menurutnya, wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh.

Beribu-ribu orang awam melarikan diri dari bandar itu selepas serangan selama tujuh bulan oleh Angkatan Syria Demokratik (SDF) semakin menghampir­i.

SDF kini berada beberapa kilometer dari timur, barat dan utara Raqqa dan sudah menutup laluan ke bandar dari ketiga-tiga bahagian itu.

Mereka disokong serangan udara pakatan diketuai Washington yang mengebom Daish di Iraq dan Syria sejak 2014.

Pesawat Russia turut melaksanak­an serangan bom terhadap konvoi Daish yang melarikan diri dari bandar itu.

Menurut kumpulan pemerhati yang berpangkal­an di Britain itu, serbuan terbaru itu berlaku pagi Isnin lalu.

“Jumlah kematian mungkin terus meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” kata kumpulan itu.

Kumpulan aktivis anti-Daish Raqa is Being Slaughtere­d Silently (Raqa dibunuh dalam diam) yang turut melaporkan serangan itu berkata: “Serangan membedil orang awam yang menunggu berhampira­n sungai dan di atas bot dalam usaha untuk menyeberan­g.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia