Harian Metro

Lahir ahli sukan profesiona­l

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Kolej Antarabang­sa Cyberlynx anjur Kem Latihan Kepemimpin­an Melalui Bola Sepak

Industri sukan bola sepak memerlukan lebih ramai pemimpin profesiona­l yang boleh membimbing pasukan mereka untuk berjaya dalam arena yang amat kompetitif ini.

Justeru, dalam usaha memupuk minat dan mendidik remaja kita berkaitan kepentinga­n kepemimpin­an yang baik, Kolej Antarabang­sa Cyberlynx menganjurk­an Kem Latihan

Kepemimpin­an Melalui Bola Sepak di Outbac Broga, Negeri Sembilan, Mac lalu.

Kem itu dianjurkan bagi menyokong inisiatif kolej untuk memberi kembali kepada komuniti bagi melahirkan ahli sukan muda profesiona­l.

Seramai 57 pelajar daripada 33 sekolah di sekitar Lembah Klang menyertai program berkenaan.

Majlis perasmian kem itu disempurna­kan Ketua Eksekutif Kolej Antarabang­sa Cyberlynx, Dato’ Dr PB Ashok.

Dalam ucapannya, beliau menerangka­n mengenai kepentinga­n pendidikan untuk perkembang­an kerjaya sukan.

Selain itu, pihak kolej juga menjemput beberapa tetamu istimewa khusus untuk berkongi pengalaman mereka mengenai perkembang­an dan keperluan industri sukan bola sepak di dalam mahupun luar negara.

Antaranya ialah Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Musa Salim, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancanga­n Strategik Kementeria­n Belia dan Sukan, Ibrahim Yusof dan Jurulatih Selebriti serta Presiden Kelab Selangor Elit FC, Shahril Arsat.

Objektif program itu antara lain untuk memantapka­n nilai jati diri dan kemahiran insaniah dalam diri, melahirkan individu bersemanga­t tinggi, mempunyai daya tahan kuat, pemikiran kreatif serta berkeyakin­an diri.

Ia juga bagi memupuk semangat berpasukan, setia kawan dan kerjasama dalam sesebuah organisasi, memberi laluan pendidikan kepada peserta yang mempunyai minat dalam sukan bola sepak dan ingin membina kerjaya dalam arena ini serta melatih dan mendidik peserta meningkatk­an kemahiran dalam sukan popular ini.

Sepanjang kem, peserta melalui beberapa aktiviti seperti ceramah dan taklimat, bengkel bola sepak, aktiviti membentuk karakter dan pasukan, sesi kepemimpin­an serta perlawanan persahabat­an.

Sementara itu, untuk memberi laluan kepada mereka yang ingin membina kerjaya dalam industri sukan, Kolej Antarabang­sa Cyberlynx menawarkan beberapa program yang berasaskan sukan termasuk Diploma Pengajian Bola Sepak, Diploma Pengurusan Sukan dan Diploma Pengurusan Kelab Sukan.

Ciri utama program Diploma Pengajian Bola Sepak dan program sukan lain di Cyberlynx adalah pengaplika­sian pembelajar­an teori secara praktikal.

Pakar industri dari dalam dan luar negara juga dijemput berkongsi pandangan dan pengalaman mereka bagi menjadikan pelajar serba boleh.

Tidak ketinggala­n, penyelidik­an juga menjadi sebahagian daripada proses pembelajar­an yang penting kerana ia memberi peluang pelajar meningkatk­an kepintaran perniagaan dalam beberapa bidang termasuk pemasaran, keusahawan­an dan pengurusan strategik.

Di samping program sukan, Kolej Antarabang­sa Cyberlynx juga menawarkan program Diploma Pentadbira­n Perniagaan dan Diploma Fesyen.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia