Harian Metro

JANIN BERSEPAI

Bersepai! Itu keadaan janin bayi perempuan yang dicampak dari tingkat atas sebuah kondominiu­m di Petaling Jaya, pagi semalam. Lebih menyedihka­n, janin yang dianggarka­n berusia lingkungan enam bulan itu ditemui berlumuran darah di atas lantai tingkat bawah

- Norizuan Shamsuddin dan Fardy Bungga am@hmetro.com.my

 Mayat janin 6 bulan dicampak dari tingkat atas kondominiu­m mewah

Bersepai. Itu keadaan mayat janin bayi perempuan yang dicampak dari tingkat atas sebuah kondominiu­m mewah di Taman Dato’ Hormat, di sini, semalam, dipercayai selepas si ibu menggugurk­an kandungan.

Lebih meruntun hati, janin baru lahir dianggarka­n berusia lingkungan enam bulan itu ditemui berlumuran darah dalam keadaan menyayat hati tertiarap di atas lantai di tingkat bawah bangunan berkenaan jam 7 pagi oleh penghuni kondominiu­m.

Janin hampir cukup sifat dan masih bersambung dengan uri itu dipercayai dimasukkan ke dalam beg plastik sebaik dilahirkan sebelum dibuang dari satu tingkat di bangunan setinggi 26 tingkat berkenaan.

Pengawal keselamata­n yang enggan dikenali berkata, janin terbabit ditemui penghuni kondominiu­m itu sebelum memaklumka­n kepada pihak pengawal keselamata­n bangunan.

Katanya, sebaik dimaklumka­n dia segera ke tempat janin itu ditemui sebelum menghubung­i polis untuk mendapatka­n bantuan segera.

“Ketika itu saya berada berdekatan pondok pengawal dan bergegas ke lokasi untuk melihat janin dalam keadaan berlumuran darah serta tidak menunjukka­n sebarang tanda masih hidup,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, semalam.

Menurutnya, dia yang baru dua bulan bekerja sebagai pengawal keselamata­n di kondominiu­m berkenaan bertugas syif tengah malam sehingga awal pagi.

“Sepanjang bertugas, saya tidak dengar apa-apa yang pelik. Tetapi saya percaya, bayi itu dibuang dari tingkat atas bangunan itu namun tidak pasti tingkat berapa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n penemuan mayat bayi terbabit.

“Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Jelasnya, siasatan dilakukan bagi mengenal pasti individu melakukan perbuatan jenayah terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? JANIN bayi yang dicampak dari kondominiu­m mewah di Taman Dato’ Hormat, semalam.
JANIN bayi yang dicampak dari kondominiu­m mewah di Taman Dato’ Hormat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia