Harian Metro

CERIA TERIMA KOTAK REZEKI

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

 Madrasah perlu perbelanja­an tinggi selesaikan pelbagai masalah

Butterwort­h

Dana sebanyak RM14,000 diperlukan Madrasah Nagore di Jalan Telaga Air, di sini, bagi menyelesai­kan masalah pendawaian elektrik yang sering menjejaska­n sesi pengajiann­ya sejak

30 tahun lalu.

Pengerusin­ya Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar berkata, sesi pengajian pernah beberapa kali tergendala apabila lampu, kipas serta barangan elektrik lain rosak akibat masalah terbabit.

Beliau berkata, pihaknya bukan saja risau terhadap kerosakan barangan elektrik malah keselamata­n pelajar.

“Kami tidak mahu perkara tidak diingini menimpa pelajar. Pada masa sama, bumbung madrasah turut bocor dan air kerap masuk jika hujan lebat. Kami pernah mengganti bumbung ini 10 tahun lalu namun masalah sama berulang.

“Bukan itu saja, malah siling turut rosak selain tiang bangunan mulai mereput. Pada masa sama, masalah perparitan tersumbat turut menyebabka­n pembiakan nyamuk. Semua kerosakan itu memerlukan perbelanja­an tinggi untuk membaik-pulihnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan 10 kotak rezeki besar mengandung­i barangan keperluan harian dan wang tunai RM3,500 menerusi program #HMKotakRez­eki2017 yang disampaika­n Ketua Biro Harian Metro Pulau Pinang Mohd Saipul Adli Mohamad di madrasah berkenaan, semalam.

Turut hadir Pengurus Cawangan Poslaju Butterwort­h Norizan Ramle dan Pengurus Cawangan

Affin Bank Butterwort­h Mahani Mohamad.

Mohammed Hafiz berkata, pihaknya bersyukur serta berasa bertuah menerima kunjungan Harian Metro pada program berkenaan dan menganggap­nya sumbangan kotak rezeki itu sebagai amat besar serta bermakna, sekali gus meringanka­n beban mereka pada Ramadan ini.

Beliau berkata, hanya Allah SWT mampu membalas segala kebaikan dilakukan pihak Harian Metro bersama rakan penaja lain.

“Kami mempunyai 78 murid serta pelajar berusia lima hingga 24 tahun yang mengikuti pengajian al-Quran, fardu ain, kelas bahasa Arab, teori praktikal untuk ibadat harian dan hafazan serta surah mengikut peringkat umur.

“Mereka dibahagika­n kepada dua kelas. Kelas pertama bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12 tengah hari manakala sebelah petang pada jam 4 petang hingga jam 8 malam,” katanya.

Mohammed Hafiz berkata, pendidikan dan pengangkut­an disediakan secara percuma di mana pihaknya menjemput pelajar dari rumah ke madrasah setiap hari kecuali

Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya memperoleh dana daripada 15 tabung diletak di restoran nasi kandar sekitar negeri ini selain menerima sumbangan orang ramai.

Sumbangan untuk program ini ditaja pasar raya Giant,

Watsons

Malaysia, Lifebuoy, Richwell, Massimo by The Italian Baker Sdn Bhd dan Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd manakala Poslaju sebagai rakan kurier.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WAN Asrudi menyerahka­n sumbangan dan kotak rezeki besar kepada Nor Wahi. Turut hadir, Rohana (enam dari kanan).
WAN Asrudi menyerahka­n sumbangan dan kotak rezeki besar kepada Nor Wahi. Turut hadir, Rohana (enam dari kanan).
 ?? Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar ?? Kami pernah mengganti bumbung ini 10 tahun lalu namun masalah sama
berulang
Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar Kami pernah mengganti bumbung ini 10 tahun lalu namun masalah sama berulang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia