Harian Metro

IBU, TOMBOI DERA ANAK

- Omar Osman am@hmetro.com.my

 Gelagat budak 6 tahun takut pulang ke rumah sewa terjawab

Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sering menangis ketakutan dan enggan pulang ke rumah sewa ibunya akhirnya terjawab apabila dia disyaki menjadi mangsa dera ibu bersama kekasih tomboinya.

Kejadian malang menimpa kanak-kanak itu yang mendakwa sering dipukul dengan rotan dan penyangkut baju terbongkar Sabtu lalu selepas disedari rakan ibunya berusia 27 tahun sebelum membuat laporan polis, Isnin lalu.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar apabila dua beranak terbabit menumpang seketika di rumah rakan berkenaan di Bandar Amanjaya, di sini, selepas ibu kanak-kanak itu dikatakan bergaduh dengan rakan serumahnya yang didakwa sebagai kekasihnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superinten­dan Saifi Abd Hamid berkata, susulan laporan itu, polis menahan ibu mangsa dan teman serumahnya di Taman Lembah Bujang, Merbok, di sini, kelmarin untuk siasatan.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n ke atas tubuh mangsa, polis mendapati ada kesan lebam disyaki akibat penderaan dan mangsa turut memberitah­u ibunya bersama teman serumah itu sering memukulnya menggunaka­n rotan dan penyangkut baju. Mangsa turut dikurung di dalam bilik setiap kali kedua-dua mereka keluar bekerja.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaa­n sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ibu mangsa berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang di Bakar Arang, di sini.

Katanya, kedua-dua suspek direman enam hari hingga 12 Jun ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia