Harian Metro

MATI LEPAS 12 HARI DIBAKAR SUAMI

 Wanita melecur 60% mati selepas 12 hari bertarung nyawa

- Omar Osman dan Nor Farhani Che Add am@hmetro.com.my Sungai Petani

“Lelaki itu sering datang berkeliara­n di rumah mereka dalam keadaan mabuk dan kadangkala akan bergaduh yang berakhir dengan wanita itu dan anaknya dipukul.”

Begitu kata jiran mangsa yang enggan dikenali apabila seorang wanita R Ratna, 44, meninggal dunia selepas 12 hari bertarung nyawa akibat dibakar hidup-hidup oleh suaminya yang berusia 46 tahun bersama botol berisi petrol di rumahnya di Taman Arked, di sini, pada 26 Mei lalu.

Mangsa menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar jam 8.27 pagi kelmarin akibat melecur 60 peratus pada badan.

Jiran mangsa berkata, suami wanita berkenaan sering datang ke rumah itu dan mengganggu mangsa sejak dia pindah ke kawasan berkenaan. “Lelaki itu sering datang dalam keadaan mabuk dan mangsa serta anaknya sering dipukul,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superinten­dan Saifi Abd Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam proses bercerai dengan suspek dan tidak tinggal bersama sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa yang sedang membersih ayam di singki belakang rumah tiba-tiba didatangi suspek menunggang motosikal yang terus membaling botol berisi minyak petrol yang sudah dinyalakan api menyebabka­n seluruh badan wanita itu terbakar.

“Anak lelakinya berusia 19 tahun yang menyedari kejadian selepas terdengar ibunya menjerit terus berlari keluar dan terkejut melihat keadaan mangsa yang terbakar.

“Anaknya sempat melihat suspek melarikan diri sebelum ibunya berlari ke dalam bilik air untuk memadamkan api,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Saifi berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani sebelum dipindahka­n ke HSB untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian berkemungk­inan disebabkan dendam kerana mangsa enggan tinggal bersama suspek dan dalam proses bercerai, malah suspek juga sudah dua tahun menjadi gelandanga­n.

“Bagaimanap­un selepas menerima rawatan selama 12 hari, mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia semalam (kelmarin) dan bedah siasat mendapati punca kematian akibat melecur teruk pada badan,” katanya.

Katanya, suspek ditahan pada 1 Jun lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Kita akan memohon perintah reman baru esok (hari ini) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di rumah mangsa mendapati mayat wanita berkenaan menjalani upacara keagamaan sebelum dibawa ke tempat pembakaran di Tanah Perkuburan India di Jalan Badlishah, di sini.

Usaha Harian Metro menemubual ahli keluarga gagal apabila mereka enggan memberi komen dan menyerahka­n kepada polis.

Anaknya sempat melihat suspek melarikan diri sebelum ibunya berlari ke dalam bilik air untuk memadamkan api”

Saifi Abd Hamid

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia