Harian Metro

Tuah iras artis

 Gadis Sabah jadi perhatian wajah mirip selebriti terkenal

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Hanya dalam tempoh beberapa hari, seorang remaja dari Keningau, Sabah menjadi popular selepas beberapa gambarnya yang seiras artis di dalam dan luar negara, tular di laman sosial sejak seminggu lalu.

Sejak itu, Tracie Sinidol, 16, bukan saja menjadi tumpuan di laman sosial malah mula ‘dilamar’ beberapa syarikat produksi yang memberi tawaran untuk menjadi model.

Bukan itu saja, Tracie turut menjadi perhatian ketika keluar bersiar-siar apabila orang ramai mahu bergambar bersama kerana memiliki paras jelita dan mirip selebriti terkenal seperti Mira Filzah, Diana Daniele serta model China Angela Baby.

Tracie bagaimanap­un mengakui terkejut apabila beberapa gambarnya yang dimuat naik satu kumpulan laman sosial menerima ribuan perkongsia­n dan tular di seluruh negara.

Tracie yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau berkata, dia menyedari perkara itu selepas dimaklumka­n rakannya minggu lalu.

“Sebelum ini tidak ada sesiapa mengaitkan wajah saya dengan mana-mana artis sehingga gambar saya tular dan didakwa mirip Mira Filzah.

“Rasa bangga itu memang ada kerana dianugerah­kan paras sempurna namun saya tidak boleh meninggi diri kerana saya juga manusia biasa seperti orang lain yang ada kelebihan masing-masing,” kata anak kelima daripada sembilan beradik itu.

Menurut Tracie, dia masih mempertimb­angkan tawaran menjadi model kerana belum bersedia serta mahu menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.

Katanya, banyak cabaran perlu ditempuhi apabila menceburi bidang peragaan dan khuatir tidak dapat membahagik­an masa dengan pelajaran.

“Belum sempat saya terima tawaran model atau berlakon, sudah ada beberapa pihak yang mewujudkan akaun laman sosial palsu dengan menggunaka­n identiti serta gambar saya.

“Biarpun akaun palsu itu menerima lebih 13,000 pengikut, saya kecewa kerana itu bukan diri saya sebenar dan khuatir maklumat disampaika­n mengancam saya,” katanya.

Menurut anak pasangan Sinidol Stimin dan Veronica Tajin itu, fenomena gambarnya menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen, menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

 ??  ?? ANTARA foto Tracie yang tular di laman sosial.
ANTARA foto Tracie yang tular di laman sosial.
 ??  ?? MIRA Filzah (kiri) dan Tracie.
MIRA Filzah (kiri) dan Tracie.
 ??  ?? TRACIE (kiri) dan Angela Baby.
TRACIE (kiri) dan Angela Baby.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia