Harian Metro

DIRI SENDIRI JADI BAHAN UJI KAJI

- DARI MUKA 15

“Semangat saya berkobarko­bar untuk mencari penawar organik. Saya bosan kerana terpaksa mengenakan bedak asas untuk menutup cela setiap kali hendak keluar rumah atau bertemu kawan.

“Jadi, pada umur 18 tahun, saya mula mengkaji dan meluaskan pengetahua­n. Barang di dapur ibu terus menjadi mangsa. Saya bakar kunyit hidup dan mencampurk­annya dengan tepung beras untuk dijadikan masker wajah. Begitu juga dengan kacang hijau dan gula. Alhamdulil­lah, sedikit demi sedikit masalah wajah pulih,” katanya.

IMBAS PENGALAMAN

Tamat episod mengerikan dalam hidupnya, Siti

Suhana kembali menjalani rutin biasa seperti rakan sebayanya yang lain. Dia menyambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan sehingga ke peringkat ijazah dan memburu peluang pekerjaan.

“Pada awalnya, saya menjual polisi insurans. Kemudian, saya cuba memandu karavan dan menjual nasi ayam penyet di sekitar Johor Bahru. Selepas berkahwin, saya tolong suami berniaga pula.

“Diam tak diam, kenangan ‘Tompok’ terimbas kembali dalam ingatan. Umpama tersedar daripada mimpi panjang, saya teruskan minat mengkaji bahan organik untuk dijadikan produk kosmetik. Sehinggala­h terhasilny­a balsam bibir pada 2014,” katanya.

Menganggap dirinya sebagai bahan eksperimen, Siti Suhana berkata, dia mengambil masa yang lama untuk mencuba dan memastikan sendiri setiap produk keluaranny­a selamat dan selesa dipakai.

“Niat utama saya hanyalah untuk berkongsi penyelesai­an kosmetik dengan orang senasib dan mereka yang percaya kepada produk organik.

Jadi, tercetusla­h jenama Organichan­a. Semua produk yang saya hasilkan berasaskan bahan organik dan semula jadi. Malah, 80 peratus daripada bahan yang digunakan diimport dari Amerika Syarikat,” katanya.

Menurut Siti Suhana, pada awal pembabitan­nya dalam bidang penghasila­n produk organik, semua kerja pembuatan dan pembungkus­an dijalankan di rumah. Selepas dua tahun, produknya mula mendapat permintaan tinggi dan pasaran ejen dibuka.

“Sehingga kini, saya menghasilk­an 16 produk, termasuk dua untuk kegunaan bayi. Antaranya adalah pemutih gigi, minyak pelembap untuk muka, pembersih mekap, penyegar wajah, krim mata, skrub bibir, pelembap dan pewarna bibir serta penanggal tahi lalat.

“Semua produk diformulas­i menggunaka­n minyak tumbuhan, mentega, herba dan lilin lebah berkualiti. Ia dihasilkan sendiri tanpa lemak haiwan atau bahan kimia berbahaya. Sementara pengeluara­n produk pula dibuat mengikut sesi dalam kuantiti terkawal untuk memastikan kesegaran dan kualiti dalam keadaan baik,” katanya.

MEMBINA PERSPEKTIF

Menyentuh mengenai cabaran sepanjang menghasilk­an produk organik, Siti Suhana mengakui sukar untuk menjelaska­n kepada umum, pentingnya memilih produk selamat untuk cantik.

“Orang Malaysia lebih sukakan produk pencerah yang mengandung­i bahan terlarang. Mereka mahu kesan segera dan sering mengabaika­n risiko akibat tersalah memilih produk.

“Bagaimanap­un, saya nekad membina pemahaman dan perspektif baru dalam kalangan pengguna. Sebab itu, kalau ada pelanggan yang mengadu produk ini tidak sesuai atau memberi kesan tidak baik kepada kulit mereka, saya akan lihat semula bahan yang digunakan. Jika perlu, saya akan formulasik­an semula.

“Apa-apa pun biasanya saya memang galakkan pelanggan membuat ujian pengesanan kulit terlebih dulu. Jika dalam tempoh 24 jam mereka tidak mengalami sebarang reaksi negatif, bermakna ia sesuai dengan pemakai.

“Saya sendiri tidak bimbang kerana tahu setiap kandungan produk mempunyai sijil Jaminan Kualiti Antarabang­sa. Manakala bahan asas produk terdiri daripada lima jenis minyak iaitu minyak zaitun, kelapa dara, bunga matahari, jarak dan badam,” katanya.

Niat utama Siti Suhana ialah berkongsi penyelesai­an kosmetik dengan orang senasib

 ??  ??
 ?? FOTO:
HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ?? SITI Suhana
FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN SITI Suhana
 ??  ?? BERSAMA ptoduk Organichan­a yang dihasilkan.
BERSAMA ptoduk Organichan­a yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia