Harian Metro

‘Saya tak boleh lagi buat kenyataan’

-

Kuala Lumpur: “Saya sekarang sudah tidak boleh buat kenyataan .... Tak boleh lah. Nanti buat kenyataan (statement) susah nanti, biar bertenang dulu.”

Demikian reaksi ringkas Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad berhubung kemelut yang melanda syarikat itu.

Beliau bersama-sama tiga yang lain iaitu Ketua Pegawai Kewanganny­a Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) Kamarzaman Abd Karim diberikan notis arahan untuk bercuti serta merta oleh Lembaga Pengarah FGV.

Zakaria menerima surat arahan itu kelmarin, ditandatan­gani Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memaklumka­n beliau dilepaskan daripada semua jawatan dalam FGV dan anak syarikat serta merta.

Sebelum ini, Mohd Isa meminta Zakaria meletak jawatan atas alasan beliau bertindak tidak mengikut amalan korporat dengan membenarka­n syarikat Afghanis- tan, Safitex melakukan pembelian tanpa surat kredit, sehingga menyebabka­n tunggakan.

Berdasarka­n satu laporan portal, Zakaria menggesa pemegang saham syarikat itu supaya memilih antara beliau dan Mohd Isa.

Memetik laporan itu, Zakaria berkata beliau tidak boleh bekerja di FGV dan pemegang saham perlu membuat keputusan untuk memilih beliau atau sebaliknya.

“Dalam keadaan ini, saya tidak boleh terus bekerja di FGV. Pemegang saham perlu buat keputusan, sama ada beliau (Mohd Isa) pergi atau saya pergi,” katanya.

Zakaria yang kini bercuti berkata, beliau tidak boleh bekerja bersama Mohd Isa kerana sering berbeza pendapat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia