Harian Metro

Ceria lihat rombongan bawa sumbangan

-

Ipoh: Seramai 20 kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Ar-Ridwani ceria sebaik melihat rombongan Harian Metro tiba membawa sumbangan berbentuk barangan keperluan harian sempena program amal #HMKotakRez­eki 2017, semalam.

Pengetuany­a, Nor Wahi Abdul Wahab berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan kerana sumbangan itu cukup tinggi nilainya buat semua penghuni rumah terbabit.

“Sekurang-kurangnya keperluan makanan ini dapat menampung keperluan persediaan kami berbuka mahupun bersahur.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana memilih pertubuhan kami sebagai penerima bantuan ini,” katanya.

Menurut Nor Wahi, sumbangan amal seperti itu kerap diterima setiap tahun terutamany­a pada

Ramadan namun agak berkuranga­n pada tahun ini.

“Tahun ini kita mendapat kurang sumbangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mungkin kerana faktor ekonomi,” katanya ketika ditemui pada program sumbangan itu di Manjoi.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Biro Harian Metro Perak Wan Asrudi Wan Hasan bersama Eksekutif Khidmat Pelanggan Affin Bank Rohana Mohd Nor.

Rumah berkenaan menerima 10 kotak rezeki besar serta wang zakat tunai berjumlah RM3,500 sumbangan Affin Islamic Bank.

Selain pertubuhan berkenaan, dua lagi pertubuhan yang akan menerima sumbangan di negeri ini ialah Rumah Anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda di Chemor dan Pertubuhan Anak Yatim dan dan Asnaf Zakat Baitul Mubaroqah di Rapat Setia. Program #HMKotakRez­eki 2017 dijayakan dengan kerjasama Affin Bank, Affin Islamic Bank selaku penaja utama selain pasar raya Giant, Watsons Malaysia, Lifebuoy, Richwell, Massimo by The Italian Baker Sdn Bhd dan Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd.

 ??  ?? MOHD Saipul (empat dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Mohammed Hafiz
sempena program #HMKotakRez­eki2017 di Butterwort­h, semalam.
MOHD Saipul (empat dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Mohammed Hafiz sempena program #HMKotakRez­eki2017 di Butterwort­h, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? ROHANA (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan
kepada Nor Wahi.
ROHANA (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Nor Wahi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia