Harian Metro

AYAM RESIPI SENDIRI

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Ibu tunggal usaha perniagaan sendiri selepas peroleh pengalaman bekerja di restoran eksklusif

Pengalaman pernah bekerja di beberapa restoran eksklusif sekitar ibu negara digunakan sebaik-baiknya ibu tunggal ini sehingga mampu mengusahak­an perniagaan makanannya sendiri.

Marissyah Reyes Abdullah, 25, berkata, dia nekad mengusahak­an perniagaan kepak ayam Putra Chicken Wing Ayam Madu sejak tiga tahun lalu selepas yakin dengan pengalaman diperoleh bekerja di beberapa restoran

eksklusif di ibu kota.

“Impian membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan memang menjadi cita-cita saya kerana mahu menambah baik ekonomi keluarga dan bukan berpuas hati setakat kerja makan gaji.

“Sebab itu, tiga tahun lalu saya fikir mungkin tiba masanya saya cuba membuat resipi sendiri dan alhamdulil­lah ‘air tangan’ saya menjadi apabila perniagaan semakin berkembang,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Taman Tenaga, Cheras, di sini.

Marissyah antara usahawan wanita tempatan yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan wanita menjelang 2020.

Bercerita lanjut, ibu kepada Putra Hamsyari Jeffrey, 7 dan berasal dari Sandakan Sabah ini berkata, dia tetap percaya pada rezeki diatur Allah SWT walaupun terpaksa bersaing dengan ramai peniaga lain yang lebih berpengala­man.

“Bagi saya setiap rezeki kita sudah tertulis dan saya sekadar mencuba nasib mengikut perancanga­n sendiri sambil berdoa agar usaha ini diterima

Allah dan pelanggan yang menjadi tulang belakang perniagaan ini.

“Alhamdulil­lah, jualan semakin baik sejak mengikuti program 5by20 di bawah Coca-Cola KU dengan purata pendapatan sehari sebanyak RM1,000,” katanya yang turut dibantu dua pekerja iaitu adik ipar dan sepupunya.

Di Malaysia, program 5by20

 ??  ??
 ??  ?? MARISSYAH di bazar Ramadan Kampung Baru.
MARISSYAH di bazar Ramadan Kampung Baru.
 ??  ?? MARISSYAH sibuk melayan pelanggan.
MARISSYAH sibuk melayan pelanggan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia