Harian Metro

Niaga pintu belakang

- Amrullah Abdul Karim hmetroshah­alam@hme- tro.com.my

Sindiket menjual barangan jenama tiruan di daerah ini bukan sekadar berurus niaga dalam talian, malah beroperasi di pintu belakang kedai dan memilih lokasi pinggir bandar sebagai pusat penyimpana­n barang.

Bagaimanap­un, kegiatan sindiket sejak lebih dua tahun lalu terbongkar selepas penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Hulu Selangor menyerbu tiga premis sindiket di Kawasan Perindustr­ian Rawang Jaya dan lot kedai berdekatan taman perumahan Rawang Mutiara di sini, semalam.

Pada serbuan jam 11 pagi itu, pelbagai beg, beg tangan, dompet dan tali pinggang jenama tiruan Louis Vuitton (LV), Gucci, Chanel, Levis dan Nike bernilai lebih RM2 juta dirampas.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK Hulu Selangor Ahmad Zamri Che Long berkata, ia rampasan terbesar KPDNKK Selangor bagi tahun ini.

“Serbuan dibuat hasil, risikan sejak lebih sebulan lalu. Pada serbuan pertama, kami merampas pelbagai barangan jenama tiruan berjumlah kira-kira RM900,000 di premis simpanan sindiket di Rawang Jaya.

“Serbuan kedua dan ketiga pula membabitka­n premis di Rawang Mutiara dengan rampasan berjumlah kira-kira RM750,000 serta RM350,000,” katanya ketika ditemui selepas operasi.

Menurutnya, siasatan ke atas tiga pekerja premis itu mendapati barangan terbabit dijual kepada peniaga kedai di sekitar Kuala Lumpur.

“Kegiatan ini berkemungk­inan

 Tiga premis sindiket barangan tiruan diserbu KPDNKK

didalangi sindiket yang mengimport barangan tiruan dari China, namun siasatan masih dijalankan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM15,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

 ??  ?? AHMAD Zamri (dua dari kiri) menunjukka­n beg tangan berjenama tiruan yang dirampas.
AHMAD Zamri (dua dari kiri) menunjukka­n beg tangan berjenama tiruan yang dirampas.
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa memeriksa barangan yang dirampas.
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa barangan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia