Harian Metro

Tersipu malu

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com

 Warga asing tersilap masuk ke masjid

“Bukan provokasi, dua wanita warga asing itu cuma tersilap masuk ke masjid ini. Jemaah pun segera membantu mereka menunjukka­n rumah ibadat yang sepatutnya mereka pergi,” kata Muhamad Ismail Rambli yang juga Imam Masjid Baitul Iman, di sini, semalam.

Muhamad Ismail berkata, kejadian itu berlaku Ahad lalu dan beliau percaya dua wanita warga asing terbabit baru datang ke negara ini serta tidak mengetahui masjid hanya untuk orang Islam menunaikan ibadat.

Menurutnya, dua wanita terbabit dilihat langsung tidak menyedari apa yang mereka lakukan dan tersipu-sipu malu selepas diberitahu mereka tersalah rumah ibadat oleh jemaah.

“Mereka hanya tersenyum dan kelihatan malu selepas kejadian itu. Jemaah lain dan pengurusan masjid pun memahami situasi mereka.

“Kedua-dua wanita terbabit kemudian beredar tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Rakaman video dua wanita warga asing yang dilihat bersembahy­ang dengan cara agama mereka di masjid itu, Ahad lalu, turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Kebanyakan netizen mengucapka­n syabas dan tahniah kepada jemaah serta jawatankua­sa masjid kerana tidak bertindak melulu ketika berdepan kejadian itu. Muhamad Ismail berkata, kejadian itu pertama kali berlaku di masjid berkenaan dan beliau sendiri senang hati dengan tindakan jemaah yang menunjukka­n budi pekerti tinggi melayani dua wanita berkenaan.

“Itulah contoh seorang umat Islam kepada orang yang bukan seagama dengan kita. Tambahan pula, ketika ini kita sedang meraikan Ramadan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia