Harian Metro

Agih 550kg beras di tiga kampung HABIS MUSNAH

-

600,000 pelarian etnik Rohingya pindah akibat kediaman dibadai taufan

Cox’s Bazar:

Cox’s Bazar

Segalanya musnah dibadai taufan. Jika dulu kawasan pesisir pantai Himcori di wilayah ini dipenuhi kediaman etnik Rohingya di sepanjang pesisir pantai terpanjang di dunia itu.

Namun kini keadaan sama sekali berubah selepas kerajaan Bangladesh mengambil keputusan memindahka­n pelarian berkenaan akibat Taufan Mora yang melanda. Wartawan Harian Metro yang sempat meninjau di kawasan berkenaan bersama badan bukan kerajaan(NGO)EZ Qurban Sdn Bhd mendapati hanya beberapa pelarian yang masih tinggal di pesisir pantai berkenaan.

Mereka membina khemah menggunaka­n plastik di pesisir pantai berkenaan dan tinggal bersama pelarian lain yang baru tiba dari Arakan, Myanmar.

Seorang penduduk tempatan yang ditemui, Mohd Kassim, 30, berkata, sebelum dipindahka­n ada 200 keluarga pelarian etnik Rohingya mendiami pesisir pantai itu.

“Bagaimanap­un, mereka diarahkan berpindah oleh kerajaan selepas pihak berkuasa meteorolog­i mengeluark­an amaran pada peringkat 10.

“Mereka dipindahka­n dengan bantuan askar ke kem lain di daerah ini sebelum taufan berkenaan melanda,” katanya. Mohd Kassim berkata, ketika tinggal di kawasan berkenaan pelarian etnik Rohingya melakukan kerja menangkap ikan bagi memastikan kelangsung­an hidup.

“Ada antara mereka yang mengambil upah bekerja di kedai di perkampung­an berhampira­n.

“Kehidupan mereka amat daif, namun kami sebagai penduduk tempatan sering menghulurk­an bantuan kepada pelarian berkenaan,” katanya.

Pada 25 Mei hingga 31 Mei lalu Taufan Mora memusnahka­n ribuan rumah dan kem yang menempatka­n pelarian Rohingya.

Ribuan penduduk juga tiada tempat berlindung dan bekalan makanan untuk berbuka puasa.

Taufan Mora melanda pesisir pantai Cox’s Bazar itu menyebabka­n enam orang maut, merosakkan atau memusnahka­n sekurang-kurangnya 17,000 rumah dan menyebabka­n 600,000 penduduk terpaksa berpindah.

Antara lokasi paling teruk adalah kem yang menempatka­n 300,000 etnik Rohingya yang jumlah mereka bertambah susulan operasi tentera terhadap minoriti itu di Myanmar.

 ?? Mohd Kassim ?? KEADAAN pesisir pantai Himcori, Cox's Bazar kosong selepas kerajaan mengarahka­n etnik Rohingya berpindah selepas Taufan Mora melanda wilayah berkenaan.
Kehidupan mereka amat daif, namun kami
sering menghulurk­an
bantuan
Mohd Kassim KEADAAN pesisir pantai Himcori, Cox's Bazar kosong selepas kerajaan mengarahka­n etnik Rohingya berpindah selepas Taufan Mora melanda wilayah berkenaan. Kehidupan mereka amat daif, namun kami sering menghulurk­an bantuan
 ??  ?? MUHAMMAD Amir (kiri) menyerahka­n bantuan pengagihan fidyah berbentuk beras pada Program Prihatin Ummah Ramadan.
MUHAMMAD Amir (kiri) menyerahka­n bantuan pengagihan fidyah berbentuk beras pada Program Prihatin Ummah Ramadan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia