Harian Metro

Melencong bawa dadah

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

 Lelaki Argentina seludup RM1.2j kokain ditahan di KLIA

alau datang ke Malaysia untuk melancong kami alu-alukan, tetapi kalau nak bawa dadah, polis akan bertindak dan pastikan pelaku dikenakan hukuman berat’.

Itu amaran Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff selepas pihaknya menumpaska­n sindiket penyeludup­an dadah kokain bernilai RM1.2 juta, Isnin lalu.

Menurut beliau, kejayaan itu hasil kerjasama perkongsia­n maklumat dengan polis Lapangan Terbang Antarabang­sa Sao Paulo, Brazil.

Katanya, hasil maklumat, anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman menahan seorang lelaki warga Argentina berusia 38 tahun di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6 petang.

“Pemeriksaa­n mendapati beg dibawa suspek mengandung­i kokain seberat 4.8 kilogram. “Kokain itu dimasukkan dalam empat bungkusan dan kami turut merampas mata wang asing berjumlah RM4,400,” katanya.

Menurut beliau, suspek yang masuk ke negara ini secara sah berlepas dari Brazil sebelum transit di Addis Ababa, Habsyah serta Singapura.

Mohd Mokhtar berkata, kokain itu dipercayai akan diseludup ke negara jiran berdasarka­n risikan pasukannya tiada penggunaan kokain di negara ini.

“Suspek direman hingga 12 Jun ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Sementara itu, Mohd Mokhtar menegaskan, pihaknya kerap bekerjasam­a dengan pihak berkuasa negara lain dalam usaha membantera­s kegiatan sindiket penyeludup­an dadah.

Katanya, beberapa kejayaan mematahkan cubaan sindiket dadah antarabang­sa sebelum ini juga hasil perkongsia­n maklumat dengan pihak berkuasa luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia