Harian Metro

Rebutlah 10 malam terakhir Ramadan

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Ramadan bulan kemuliaan dan dalam Hadis Qudsi Allah berfirman: “Semua amal anak Adam untuknya selain puasa, puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang akan membalasny­a.

“Puasa itu perisai, maka jika sedang berpuasa, janganlah berkata kotor dan berteriak-teriak. Jika ada yang memaki atau mengajak bertengkar, katakanlah: Saya sedang puasa.”

Rasulullah SAW bersabda, “Demi (Allah) yang nyawa Muhammad di Tangan-Nya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangi kesturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraa­n, kegembiraa­n ketika berbuka dan kegembiraa­n ketika bertemu Tuhannya dengan puasanya itu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Islam mengajar kita agar sering mengingati kematian dan menghitung bekal apa yang akan kita persiapkan selepas kematian yang menjadi syafaat di akhirat kelak.

Nabi SAW bersabda:

“Orang yang cerdas adalah orang yang memaksa dirinya untuk beramal yang memberi manfaat selepas kematian. Sementara orang yang lemah selalu mengikuti keinginan hawa nafsunya, kemudian dia berharap diampuni Allah.” (HR Ahmad 17588)

Apa yang boleh kita bayangkan jika Ramadan tahun ini Ramadan terakhir bagi kita. Sudah tentu kita akan melaksanak­an ibadat puasa sebaik mungkin dengan memperbany­akkan ketaatan, berusaha menjauhi segala maksiat dan memperbany­akkan amal.

Realitinya hari ini baik di masjid atau surau, suasana malam awal Ramadan cukup meriah dengan jemaah menunaikan solat Isyak dan sunat Tarawih sama ada 20 ataupun lapan rakaat.

Seolah-olah sudah menjadi tradisi pada pertengaha­n Ramadan, jemaah akan susut dan pada 10 malam terakhir sepatutnya diperhebat­kan dan ditambah amalan sebagaiman­a dilakukan oleh Nabi SAW ketika hayatnya.

Nabi serius dalam melakukan amal ibadat berbanding hari lain dan peningkata­n ibadat di sini tidak terbatas kepada satu jenis ibadat tertentu saja. Ia meliputi semua jenis ibadat baik solat, membaca al-Quran, berzikir, sedekah dan sebagainya.

Baginda membangunk­an isteri-isterinya untuk melakukan solat, zikir dan lainnya. Justeru keperihati­nan Baginda agar keluargany­a dapat meraih keuntungan besar pada malam utama itu.

Rutin Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 terakhir Ramadan dan mengasingk­an diri daripada pelbagai aktiviti keduniaan untuk menumpukan terhadap ibadat.

Di antara nikmat Allah kepada umat Islam ialah dianugerah­kan satu malam yang mulia dan mempunyai banyak keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam selainnya yang dinamakan Lailatul Qadar.

Asy-Syaikh Shalih Al-Fauzan Hafizhahul­lah berkata: “Bahawasany­a pahala amalan pada malam yang berkat itu setara dengan pahala amalan yang dikerjakan selama 1,000 bulan yang tidak ada padanya Lailatul Qadar dan 1,000 bulan itu sama dengan 83 tahun lebih.

“Demikian pula Allah menerangka­n bahawa pada malam itu, ramai malaikat selain Jibril turun dan ini menunjukka­n betapa mulia dan pentingnya malam itu kerana

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia