Harian Metro

Sahut seruan ilmuan ulul albab

- ESOK: Siri 2 - Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut Terengganu

Sempena pelancaran Indeks Syariah Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Februari 2015, kerajaan negeri Terengganu menyahut seruan dengan mengambil inisiatif awal melaksanak­an Maqasid Syariah menerusi program al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab iaitu pembelajar­an kitab turath.

Lebih menarik, program perintis dan yang pertama di sekolah Malaysia itu dilancarka­n Perdana Menteri pada 6 Julai 2015 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Besut yang lebih dikenali sebagai Imtiaz Besut.

Menurut Pengetua Cemerlang Imtiaz Besut Ustaz Abdul Wahab Mohd Arshad, 50, program itu kini memasuki kohort kedua dan hanya pelajar lelaki berumur tidak melebihi 16 tahun dipilih.

“Antara syarat dikenakan untuk mengikuti program ini ialah lulus peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dengan sekurang-kurangnya 6A dan menghafaz 20 juzuk al-Quran selain lulus temu duga,” katanya.

Menurutnya, program itu bertujuan melahirkan ilmuwan Islam berpengeta­huan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi serta ukhrawi (Ulul Albab).

“Program ini dicetuskan berdasarka­n tiga rasional iaitu kekurangan pakar siasah syariah, kekurangan pakar rujuk bidang perubatan dan kekurangan pakar kewangan Islam,” katanya.

Menurutnya, Imtiaz Besut sedang bekerjasam­a dengan beberapa institusi pengajian tinggi untuk membolehka­n pelajar program itu menyambung pengajian secara terus ke kursus berkaitan di universiti awam.

“Pelajar tamat program pengajian ini akan dianugerah­kan sijil khas dikenali sebagai Sijil al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Ustaz Abdul Wahab berkata, antara perkara menarik mengenai Imtiaz Besut ialah dekat dengan masyarakat apabila ramai yang ingin membantu dan menaja program sekolah, malah pelajar sendiri banyak turun padang mengadakan pelbagai aktiviti kerohanian serta gotong-royong bersama masyarakat.

“Sesuai dengan konsepnya sebagai sekolah komuniti, ibu bapa bebas berjumpa pelajar pada bila-bila masa tanpa sebarang had waktu di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Kaunselor Imtiaz Besut Cikgu Mohd Fakrul Rizal Mohamed Din, 34, berkata, setiap guru sekolah itu juga perlu mengikuti pengajian al-Quran pada awal pagi seperti pelajar sebelum memulakan kelas akademik.

 ??  ?? PERPUSTAKA­AN Imtiaz Besut antara perpustaka­an sekolah terbesar negara.
PERPUSTAKA­AN Imtiaz Besut antara perpustaka­an sekolah terbesar negara.
 ??  ?? SUASANA pembelajar­an yang selesa dengan susun atur menarik di dalam kelas.
SUASANA pembelajar­an yang selesa dengan susun atur menarik di dalam kelas.
 ??  ?? JADUAL harian pelajar Imtiaz Besut.
JADUAL harian pelajar Imtiaz Besut.
 ??  ?? PELAJAR menggunaka­n teknologi terbaru dalam pembelajar­an.
PELAJAR menggunaka­n teknologi terbaru dalam pembelajar­an.
 ??  ?? ANTARA anugerah dan hadiah yang dimenangi Imtiaz Besut.
ANTARA anugerah dan hadiah yang dimenangi Imtiaz Besut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia