Harian Metro

Walau berjenaka talak tetap jatuh jika ada niat

- Ain Johor Bahru

 Isteri musykil suami letak status duda dalam Facebook

FAKTA

Kuasa talak tidak boleh disalahgun­a suami

Adakah jatuh talak sebagai isteri apabila suami meletakkan status di akaun Facebookny­a dengan berlawak dia seorang duda. Apakah hukum tindakan suami berbuat demikian menurut Islam?

Kehidupan umat Islam hendaklah berlandask­an apa yang ditetapkan dalam maqasid syariah iaitu bagi memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Merujuk kepada persoalan mengenai suami meletakkan statusnya sebagai duda dalam keadaan berjenaka di dalam akaun Facebookny­a, ia bergantung kepada niat dan maksud suami.

Keadaan atau pernyataan suami itu secara umumnya tidak ada menyebutka­n perkataan cerai atau sama erti kepada maksud cerai cuma perkataan duda sahaja.

Namun dalam masyarakat kita, duda itu bermaksud sudah bercerai. Justeru, suami melakukan pembohonga­n sama ada dengan sengaja atau tidak dan ia berdosa.

Perkara itu perlu disiasat di mahkamah apakah maksud dan niat sebenar suami ketika menyatakan statusnya sebagai duda pada status Facebook miliknya.

Jika memenuhi rukun dan syarat talak, barulah memberi kesan dan perkahwina­n itu boleh dibubarkan. Namun jika tidak cukup rukun dan syarat ia tidak mengubah apa-apa.

Sehubungan itu, penggunaan media sosial seharusnya selari dengan kehendak syariah kerana ia bertujuan mencapai kebaikan dan menjauhi sebarang kemudarata­n.

Kesilapan dan kelalaian dalam menikmati kemudahan teknologi akan mengundang pelbagai masalah dan kesan kepada banyak hukum.

Menyatakan diri sebagai seorang duda sedangkan mempunyai isteri adalah salah satu penyalahgu­naan laman sosial.

Jelas, pernyataan itu memberi maksud dan makluman dirinya seorang lelaki yang pernah berkahwin dan bercerai.

Sebagaiman­a diiingatka­n ulama fiqah serta guru agama, Rasulullah SAW dalam satu hadis masyhur mengenai perkahwina­n dan perceraian bermaksud: “Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan dilakukan dengan bergurau dianggap bersungguh-sungguh juga iaitu nikah, talak dan rujuk.” (Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Umum mengetahui kuasa talak adalah di bawah kuasa seorang suami. Apabila suami melafazkan talak, maka jatuhlah talak dan perkahwina­n akan terbubar.

Bagaimanap­un, kuasa itu tidak boleh disalahgun­a suami kerana cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah SWT.

Talak, pembubaran perkahwina­n dan cerai boleh dibahagika­n kepada dua kategori.

Pertama, lafaz sarih iaitu secara jelas suami melafazkan cerai terhadap isterinya. Contohnya: “Saya cerai kamu dengan talak satu”. Dalam hal ini, lafaz sarih mendatangk­an kesan perceraian walaupun tanpa niat.

Kategori kedua adalah lafaz kinayah iaitu seperti kata-kata sindiran atau kiasan. Lafaz diucapkan suami boleh mendatangk­an maksud lain selain maksud talak.

Contohnya, “Awak baliklah ke rumah ibu bapa awak.” Lafaz itu tidak dapat dipastikan dengan jelas maksud suami sama ada menceraika­n isterinya atau tidak.

Oleh itu, ia hendaklah disertai niat suami menceraika­n isterinya ketika melafazkan ucapan itu. Sekiranya berlaku sesuatu perkara yang membabitka­n atau bermaksud perceraian keadaan itu perlu dirujuk kepada pihak suami.

Apakah niat suami ketika berkata atau meletakkan status dirinya seperti bercerai dengan isterinya. Dalam menjelaska­n kedudukan berlakunya keraguan mengenai perkahwina­n akibat adanya lafaz secara kinayah atau sindiran itu akan disiasat kepada rukun dan syarat talak.

Apakah ia memenuhi semua rukun dan syarat yang ditetapkan syarak bagi menjadikan perkahwina­n itu terbubar.

Rukun dan syarat talak adalah:

Suami yang mukallaf. Berakal.

Isteri yang masih sah di dalam ikatan akad nikah bersama suaminya.

Kepada siapa lafaz diniatkan dan lafaz cerai sama ada secara sarih atau kinayah.

Semua elemen akan disiasat bagi menentukan keadaan perkahwina­n berkenaan. Oleh itu, pendirian suami amat penting untuk menentukan keadaan perkahwina­nnya bagi lafaz secara kinayah.

Jika ketika berlakunya sesuatu perkara atau keluarnya perkataan secara lisan atau tulisan yang bermaksud cerai dan suami memang berniat atau bermaksud cerai, maka ia akan menjatuhka­n talak.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia