Harian Metro

Orang berpuasa dapat dua kegembiraa­n

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Orang yang berpuasa akan memperoleh kegembiraa­n dan kebahagiaa­n bukan saja di dunia semata-mata tetapi juga di akhirat.

Dalam sebuah hadis yang dilaporkan Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraa­n, kegembiraa­n ketika dia berbuka puasa dan kegembiraa­n semasa dia menemui Tuhannya.” (Riwayat Muslim).

Ketika di dunia lagi Allah SWT menggurnia­kan saat paling mengembira­kan serta dinantikan bagi mereka yang berpuasa iaitu ketika berbuka puasa.

Pelbagai persiapan dilakukan untuk memastikan waktu berbuka puasa menjadi saat yang paling dinikmati. Anak-anak yang berpuasa juga pastinya tidak sabar menunggu berkumanda­ngnya azan Maghrib menandakan waktu berbuka.

Di Malaysia, amalan majlis berbuka puasa secara beramai-ramai bukanlah perkara baru. Di pejabat atau di taman perumahan biasa dianjurkan majlis berbuka puasa yang turut menjemput rakan sepejabat dan jiran setaman yang bukan

Islam.

Dari situ, orang bukan Islam dapat bersama-sama menikmati kegembiraa­n orang Islam ketika berbuka puasa. Natijahnya, mereka juga dapat melihat bagaimana orang Islam begitu sabar dan taat menahan makan dan minum pada siang hari.

Ia menjadi satu syiar yang mempamerka­n betapa indah dan mudahnya hidup berlandask­an syariat Islam.

Allah SWT memerintah­kan umat Islam menahan daripada makan dan minum bukan untuk menganiaya tetapi untuk mendidik hati orang Islam bagi meningkatk­an ketaatan kepada Allah SWT.

Jemputan ke atas jiran bukan beragama Islam dalam majlis berbuka puasa dianjurkan di taman perumahan itu sebenarnya sangat signifikan dalam membina hubungan kemanusiaa­n.

Ia membuka ruang terbaik untuk meningkatk­an hubungan kejiranan tanpa mengira agama dan bangsa di samping mempamerka­n akhlak orang Islam menyantuni semua manusia.

Masyarakat Islam di luar negara bukan

Islam juga mengundang pemimpin tempatan bukan Islam untuk melihat secara dekat cara hidup Muslim pada bulan Ramadan.

Dalam Irsyad Fatwa khas Ramadan No 87 bertarikh 31 Mei 2017 dikeluarka­n Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad

Al-Bakri berpandang­an hukum menjemput orang bukan Islam berbuka puasa adalah harus dan dibolehkan dalam Islam.

Sebenarnya ramai masyarakat bukan Islam yang turut berpuasa mengikut rakan mereka yang beragama Islam.

Ada yang bertahun-tahun berbuat demikian kerana mereka seronok dapat berpuasa bersama. Peluang itu memberikan mereka satu pengalaman berharga untuk merasai nikmat salah satu ibadat dalam Islam.

Penulis sendiri pernah belajar berpuasa sebelum menerima Islam kerana ingin melihat kelebihan dan kebaikanny­a.

Cuma ketika itu penulis tidak bersahur kerana tidak mengetahui kaedah berpuasa yang sebenarnya.

Alangkah baiknya sekiranya orang Islam dapat berkongsi kaedah berpuasa dan mengajak orang bukan Islam berpuasa mengikut kaedah yang betul menjalani ibadat puasa, seterusnya keindahan Islam itu dapat dirasai bersama-sama

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia