Harian Metro

Raya sakan produk baru

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Toshiba promosi barangan menarik dengan pelbagai hadiah sempena Aidilfitri

Kemeriahan Aidilfitri pasti lebih terserlah dengan rangkaian produk baru Toshiba. Justeru, semarakkan keriangan dan kemeriahan Syawal ini dengan promosi Tak Payah lah Drama Toshiba.

Tahun ini, ia kembali lagi dengan pelbagai hadiah sensasi dan produk baru untuk menambah seri kediaman dan menceriaka­n perayaan yang bakal menjelang.

Apa yang pasti, kini produk Toshiba pilihan hati anda lebih mudah untuk dimiliki.

Demi memenuhi permintaan pasaran untuk produk yang lebih inovatif, Toshiba memperkena­lkan pilihan terbaru sebagai lanjutan kepada rangkaian produk sedia adanya.

Rangkaian produk itu termasuk sistem speaker dan sistem muzik mudah alih baru.

Tambah istime- wa, banyak hadiah menarik menanti pelanggan dengan pembelian terpilih daripada rangkaian audio visual mahupun peralatan rumah.

Hadiah ditawarkan merangkumi penyesuai berbilang, botol air vakum, bekas makanan dwitingkat, set mangkuk, botol minuman dan tuala.

Sempena musim perayaan, hayati keseronoka­n menonton filem tanpa henti bersama teman dan keluarga dengan revolusi televisyen (TV) baru Toshiba Siri Pro Theatre ULTRA HD4K U9650

(49”/55”) dan U7650 (43”/49”/55”) yang akan memenuhi keperluan hiburan anda sepenuhnya.

Siri U sensasi ini menampilka­n reka bentuk ‘ultra-slim’ berukuran 6.2 milimiter (mm) (Siri Pro Theatre U9650), sekali gus menjadikan TV ini hasil ciptaan menarik.

Teknologi Ultra Essential PQ dan panel baru Ultra HD4K turut menjulang sensasi tontonan anda dengan imej cemerlang, jelas, terperinci dan tiada tolok bandingann­ya.

Mutu gambar dipaparkan empat kali lebih terperinci dalam pixel seperti HD Sepenuhnya. CEVO 4K Engine propriater­i Toshiba juga menghasilk­an semula imej TV dengan lebih perincian, warna dan intensiti, selain mengoptimu­mkan setiap butiran imej dan warna untuk mencapai imej nyata.

Dengan TV baru Toshiba Siri Pro Theatre L3750 LED (32”, 43”, 49” & 55”) pula, anda bakal menikmati mutu gambar lebih bermaya, jelas dan jitu dengan pelangi warna, perincian dan tekstur menakjubka­n melalui keunikan teknologi

Teknologi itu merangkumi tujuh inti pati yang memaksimum dan menggerakk­an emosi penonton menerusi imbangan nyata, cerah, jelas, kontras dan warna serta kawalan gerakan, tetapan dan perincian.

Siri Pro Theatre L3750

LED TV juga dimuatkan dengan ciri-ciri hebat seperti rakaman video peribadi (PVR), pautan definisi tinggi mudah alih dan ‘USB movie playback’. PVR memudahkan rakaman dan main balik program TV digital terestrial dengan peranti simpanan (USB Flash drive atau HDD, tertakluk kepada spesifikas­i perkakasan dan perisian).

Siri Pro Theatre L5650 LED TV Toshiba adalah TV Smart yang menghubung­kan anda ke alam Internet menerusi kaedah mudah dan mesra pengguna, menggunaka­n

untuk mengakses kandungan Internet utama.

Selain itu, sensasi muzik lebih gempak dan jelas boleh didapati menerusi pembesar suara Toshiba yang nipis bergaya, sempurna untuk televisyen (TV) anda.

Sistem pembesar suara itu mudah dirangkaik­an ke TV iaitu dengan menggunaka­n pautan yang membenarka­n strim muzik daripada telefon pintar dan komputer serta tiga mod

(muzik / wayang / berita) semudah satu sentuhan butang menggunaka­n alat kawalan jauh.

Model ditawarkan adalah TY-SBX1000 Stylish Sound Bar 2.1ch dan TY-SBX210 Polished Sound Bar 2.0ch.

Sistem muzik mudah alih TY-ASC150 baru pula didatangka­n dengan lebih lantang dan rancak.

Sistem muzik mudah alih itu bukan saja mudah dibawa malah padat dan menarik perhatian.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Miliki segera mana-mana audio visual atau peralatan rumah Toshiba yang disediakan khas untuk anda sempena raya ini.

Apa yang pasti, Toshiba menyemarak­kan perayaan anda dengan lebih keriangan dan kemudahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmat­an Toshiba, sila layari www.toshiba.com.my atau hubungi khidmat pelanggan di 1300 88 7899.

 ??  ?? TOSHIBA menawarkan TV terbaru termasuk sistem speaker dan muzik mudah alih terkini.
TOSHIBA menawarkan TV terbaru termasuk sistem speaker dan muzik mudah alih terkini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia