Harian Metro

Bingkisan istimewa

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Hamper raya Famous Amos sesuai buat keluarga, hadiah korporat

Aroma biskut yang dibakar dalam ketuhar membuatkan sesiapa saja yang melalui premis Famous Amos di pusat beli-belah utama akan singgah mendapatka­nnya.

Mana tidaknya, himpunan biskut berbau harum dan dibungkus di dalam pelbagai bekas unik bersama ikatan reben serta plastik berwarna-warni itu ternyata sukar ditandingi buat sekian lama.

Selama lebih 30 tahun, Famous Amos menyinari kehidupan peminat di seluruh negara dengan enam jenis biskut

kegemaran ramai iaitu

dan

Justeru, apa kata kongsikan kemeriahan bersama rakan dan keluarga dengan hamper daripada Famous Amos sempena Aidilfitri nanti.

Setiap hamper direka khas dan elegan. Ia dipenuhi biskut Famous Amos yang lazat dan hadiah konfeksi terbaik.

Hamper ini memang hadiah premium yang menarik untuk diberi dan diterima.

Pilih kegemaran anda daripada 14 jenis hamper yang berharga antara RM139 hingga RM1,299.

Ia boleh didapati di outlet Famous Amos atau layari www.famousamos.com.my untuk maklumat lanjut.

Jika anda mencari hadiah berisi biskut ringkas, Famous Amos juga menyediaka­n yang eksklusif.

berharga RM41.80 hingga RM67.80 itu ditawarkan untuk masa yang terhad saja dan boleh didapati dalam pek dwi 200 gram atau 300 gram di dalam kotak hadiah raya istimewa.

Tidak ketinggala­n, anda juga memilih pelbagai jenis lagi hadiah biskut Famous Amos bermula pada harga serendah RM13.50 yang diisi di dalam tin atau kotak.

Biskut Famous Amos juga sesuai untuk majlis seperti rumah terbuka dan korporat.

Untuk pesanan hamper korporat, Famous Amos kini menawarkan promosi tempahan awal apabila setiap pesanan bernilai RM1,000 dan ke atas dalam satu resit untuk pesanan dibuat pada hari ini layak menerima baucar hadiah percuma Famous Amos bernilai RM30.

Famous Amos turut melakukan penghantar­an hamper perayaan. Penghantar­an ini percuma untuk hamper bernilai RM299 dan ke atas di Lembah Klang (zon terpilih saja), manakala bayaran nominal (penghantar­an) ke kawasan lain dikenakan untuk hamper bernilai RM199 dan ke atas.

Tarikh tutup pesanan hamper korporat yang memerlukan penghantar­an adalah pada 14 Jun 2017.

Famous Amos juga menawarkan baucar hadiah dalam denominasi RM10, RM20 dan RM50. Ia hadiah ideal untuk pelanggan korporat dan boleh dibeli daripada pejabat korporat Famous Amos di The Ascent, Paradigm, Kelana Jaya.

Untuk pesanan korporat atau pertanyaan baucar hadiah, sila hubungi

03-7882 6161/6190/6186/6173. Anda juga boleh membuat pesanan dalam talian melalui laman web www.famousamos.com.my atau kunjungi outlet Famous Amos berhampira­n.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI pilihan hamper raya daripada Famous Amos untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga.
PELBAGAI pilihan hamper raya daripada Famous Amos untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia