Harian Metro

Lengkapi Syawal anda

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 The Store penuhi pilihan barangan kelengkapa­n, diskaun hingga 70 peratus

Pelbagai barangan kelengkapa­n dapur, elektrik, pakaian, barangan basah dan kering ditawarkan Kumpulan The Store yang mempunyai rangkaian pasar raya seperti The Store, Pacific dan Milimewa.

Justeru, pengguna dapat memilih dan beli apa saja yang mereka mahu di bawah satu bumbung.

Jika pengguna mahu membeli pakaian baru untuk diri sendiri atau anak, ia disediakan di gedung serbaneka.

Sekiranya mahu berbelanja barangan dapur termasuk makanan kering dan basah, mereka boleh ke bahagian pasar raya yang memuatkan banyak pilihan jenama tempatan dan antarabang­sa.

Dengan sambutan

Aidilfitri tidak lama lagi, jom ke The Store, Pacific dan Milimewa untuk membeli kelengkapa­n bagi seisi keluarga.

Bertemakan Meriahnya Raya, Kumpulan The Store menawarkan diskaun tambahan sehingga 70 peratus di gedung serbaneka sempena musim perayaan.

Ini termasuk pelbagai pakaian raya kanak-kanak dan dewasa sama ada kasual atau tradisiona­l berkualiti tinggi.

Pengurus Besar Softline, Brand Developmen­t & Hardline, The Store (Malaysia) Sdn Bhd, Lim Kok Soon berkata, promosi

untuk produk koleksi fesyen seperti Lentino, Institute, BTB, Modern Kids, Sun Baby dan Hazard juga sesuatu yang perlu diraih pengguna.

“Buat julung kalinya kami mengetenga­hkan rekaan ‘maxi dress’ seperti jubah untuk wanita menerusi koleksi Institute yang dihasilkan menggunaka­n fabrik bermutu tinggi.

“Selain baju Melayu, lelaki boleh memiliki jubah melalui koleksi Lentino. Pakaian anak dan bayi boleh didapati melalui koleksi Sun Baby dan Modern Kids,” katanya.

Promosi itu berlangsun­g dari 26 Mei hingga 12 Jun untuk musim pertama dan 16 hingga 26 Jun bagi musim kedua.

Sementara itu, dengan pembelian RM50 (ahli) dan RM80 (bukan ahli) dalam satu resit, pelanggan mendapat peket raya percuma manakala bagi pembelian RM150 dalam satu resit di gedung serbaneka, mereka layak menerima beg beli-belah secara percuma.

Menurut Pengurus Besar (Pasar Raya) The Store (Malaysia) Sdn Bhd, Loo Soon Hock, tawaran istimewa produk persiapan hari raya diadakan pada hari tertentu.

Contohnya, pada hari ini, beras dan biskut raya dijual pada harga menarik menerusi promosi Jimat Hebat pada Bulan Mulia manakala pada 15 Jun (Istimewa Menjelang Raya) dan 22 Jun (Pilihan Segar Persiapan Raya), produk seperti tisu, bahan dekorasi dan sayuran ditawarkan.

“Di pasar raya kami, produk ditawarkan lebih murah daripada harga kawalan ditetapkan dan produk mengambil bahagian akan bertukar setiap dua minggu,” katanya.

Kumpulan The Store juga mengadakan program penebusan buat pelanggan untuk memiliki lima reka bentuk gelas borosilika­t

jenama Pyrolex reka bentuk Jerman yang sesuai untuk memanggang, membakar dan menghidang dengan nilai hebat.

Dengan pembelian RM50 dalam satu resit, pelanggan boleh mendapat satu pelekat percuma untuk membeli satu daripada reka bentuk gelas pada harga eksklusif bermula daripada RM22 saja.

Jika pelanggan mengumpul lima pelekat, mereka boleh membeli satu set (lima reka bentuk) pada harga RM179 berbanding harga asalnya, RM599.

Sementara itu, Kumpulan The Store menawarkan ganjaran hebat kepada pelanggan bertuah bernilai RM500,000 mulai 18 Mei hingga 3 September ini menerusi peraduan kemeriahan ulang tahun ganjaran menakjubka­n.

Peraduan itu tersedia untuk pelanggan membuat pembelian serendah RM50 dalam satu resit di mana-mana cawangan The Store dan Pacific atau RM30 dalam satu resit di cawangan Milimewa.

Dengan resit pembelian itu melayakkan pelanggan menyertai peraduan dan berpeluang memenangi hadiah utama, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Sienta 1.5G dan hadiah bonanza, sebuah MPV Proton Ertiga 1.4 Executive.

Bagi ganjaran segera (hanya di The Store dan Pacific), pelanggan bertuah berpeluang memenangi kupon tunai bernilai RM100 apabila membelanja­kan RM50 dalam satu resit.

“Keseluruha­nnya, kami menyediaka­n RM360,000 kupon tunai untuk menghargai dan memberikan semula nilai hebat kepada pelanggan yang menyokong rangkaian perniagaan kami,” katanya.

Layari laman web Kumpulan The Store di www.tstore.com.my atau laman sosial Facebook di www.facebook.TheStoreMy­s untuk The Store dan www.facebook/PacificMys bagi Pacific untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? DARI kiri, Soon, Loo dan Pengarah Softline & Hardline The Store Corporatio­n Berhad, Charlie Tan menunjukka­n promosi dianjurkan pasar raya itu.
DARI kiri, Soon, Loo dan Pengarah Softline & Hardline The Store Corporatio­n Berhad, Charlie Tan menunjukka­n promosi dianjurkan pasar raya itu.
 ??  ?? MILIKI koleksi gelas bakeware melalui program penebusan dan jimat sehingga 70 peratus.
MILIKI koleksi gelas bakeware melalui program penebusan dan jimat sehingga 70 peratus.
 ??  ??
 ??  ?? PILIHAN pakaian raya untuk seisi keluarga tersedia di pasar raya Kumpulan
The Store.
PILIHAN pakaian raya untuk seisi keluarga tersedia di pasar raya Kumpulan The Store.
 ??  ?? REBUT peluang dapatkan beg beli-belah dan sampul duit raya percuma.
REBUT peluang dapatkan beg beli-belah dan sampul duit raya percuma.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia