Harian Metro

Terjunam dalam tali air

 Wanita maut kereta dipandu sepupu terbabas

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

FAKTA Mangsa membeli jubah baru bagi persiapan

Aidilfitri

“Arwah kelihatan gembira sejak akhir-akhir ini, malah dia seperti tidak sabar mahu menyambut Aidilfitri memandangk­an membeli jubah dan tudung baru di Padang Besar, Perlis minggu lalu.”

Begitu kata Shariah Husain, 54, adik ipar kepada Che Wa Ismail, 58, yang meninggal dunia sejurus kereta dinaiki terbalik dan dimasuki air selepas terjunam ke dalam tali air dalam kemalangan di Kampung Pida 6, Jalan Kodiang-Sanglang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Che Wa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya Aisyah Shaari, 80, dan sepupu mangsa, Che Hasnah Ahmad, 60, yang memandu kereta cedera serta dihantar ke Hospital Jitra (HJ) mendapatka­n rawatan.

Menurut Shariah, semua mereka dipercayai dalam perjalanan pulang selepas membeli barangan di pasar pagi di Pida 4 iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saya terkilan kerana ar- wah tidak sempat memakai jubah yang baru dibelinya di Padang Besar, cuma kasut saja belum dibeli sebab dia hendak membelinya di pekan Jitra dalam minggu ini.

Menurutnya, arwah dan Che Hasnah sangat rapat, malah mereka yang tidak berkahwin sering keluar bersama.

“Ibu mentua saya dan Che Hasnah dirawat di HJ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim mengesahka­n menerima laporan kemalangan berkata, siasatan awal mendapati ia tidak membabitka­n kenderaan lain.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kodiang dikatakan dalam perjalanan ke rumah abangnya di Kampung Tok Kepak, di sini, sebelum kenderaan berkenaan hilang kawalan hingga terbabas ke dalam tali air.

 ??  ?? ORANG ramai membantu mangsa kemalangan kereta yang terbabas dalam tali air di Jalan Kodiang-Sanglang, semalam.
ORANG ramai membantu mangsa kemalangan kereta yang terbabas dalam tali air di Jalan Kodiang-Sanglang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia