Harian Metro

Balasan noda janda

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Buruh perkosa, rompak ibu tunggal dijel 17 tahun, 26 sebatan

manakala penjara tujuh tahun dan enam sebatan untuk pertuduhan ketiga.

Beliau juga membenarka­n hukuman penjara berlangsun­g serentak bermula tarikh ditangkap pada 15 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 33 tahun dan turut mengugut mahu membunuhny­a dalam kejadian di dalam kereta jenis Proton Iswara di tempat letak kereta Bazar Tengku Anis, di sini, jam 7.40 malam, 12 Mei 2017.

Pertuduhan pindaan kedua, Faizal didakwa melakukan perbuatan dan ugutan sama di hadapan kedai makan di Kampung Banggol Badang, di sini pada jam 8.30 malam, hari yang sama.

Bagi kedua-duanya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun hingga 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa merompak mangsa yang sama iaitu dengan mengambil wang tunai sebanyak RM50, barang kemas dan satu telefon bimbit pintar di tepi jalan Kampung Banggol, Badang, pada jam 9.45 malam, hari sama.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengambil mangsa di rumahnya di Tanah Merah dan membawa wanita itu bersiar-siar di Besut, Terengganu sebelum ke kawasan letak kereta di Bazar Tengku Anis, di sini.

Tertuduh mematikan enjin kenderaan dan bertindak merogol mangsa yang cuba keluar tetapi kereta dikunci. Mangsa cuba membunyika­n hon untuk meminta tolong, namun diugut akan ditembak dan tangannya digari sebelum tertuduh bertindak merogolnya pada jam 7.40 malam.

Selepas merogol, tertuduh memandu kereta ke satu kawasan di Badang dan menggari tangan mangsa ke belakang serta menutup mulut wanita itu dengan pita pelekat. Dia merogol mangsa buat kali kedua.

Lelaki itu juga merompak mangsa dan menyuruhny­a menyerahka­n gelang tangan dan dua bentuk cincin emas, wang tunai RM50 serta satu telefon bimbit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia