Harian Metro

Mahkamah tolak rayuan MNCF

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak rayuan Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dalam kes saman oleh Yayasan Sime Darby berhubung perlanggar­an perjanjian tajaan untuk pasukan lumba basikal.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu di kamarnya di sini, semalam, selepas bertemu peguam kedua-dua pihak.

Mahkamah dalam keputusann­ya, menolak rayuan Presiden MNCF Datuk Abu Samah Abd Wahab dan bekas timbalanny­a Datuk Naim Mohamad untuk mengenepik­an keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang menganuger­ahkan Yayasan Sime Darby RM288,275.56 atas tuntutan samannya berhubung dakwaan melanggar perjanjian tajaan untuk pasukan lumba basikal.

MNCF diwakili peguam Sugandra Rao manakala Yayasan Sime Darby diwakili Karamjit Singh.

Sementara itu Karamjit ketika ditemui berkata, mahkamah menolak rayuan itu dengan kos sebanyak RM5,000.

Menurutnya, Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapati MNCF gagal memberi sebarang justifikas­i berhubung wang yang sudah digunakan.

Tambah beliau, mahkamah mendapati tiada penjelasan diberikan walaupun beberapa peringatan diberikan kepada MNCF.

Pada 25 Ogos tahun lalu, Yayasan Sime Darby berjaya menuntut semula RM288,275.56 daripada MNCF.

Yayasan Sime Darby memfailkan saman pada 21 Januari tahun lalu dengan mendakwa presiden dan bekas timbalan itu melanggar terma perjanjian tajaan.

Dalam pernyataan tuntutan, Yayasan Sime Darby mendakwa bersetuju dalam satu perjanjian tajaan bertarikh 19 April 2010 untuk memberi peruntukan kewangan untuk menaja tujuh pelumba basikal yang berwibawa dan berdedikas­i.

Yayasan itu mendakwa antara terma dan syarat utama dalam perjanjian itu adalah MNCF hendaklah membekalka­n pasukan lumba basikal dengan kelengkapa­n sukan dan perkhidmat­an yang sesuai untuk menyertai perlumbaan.

Perbuatan terkutuk seorang buruh yang merogol dan merompak janda anak satu dibalas dengan hukuman penjara selama 17 tahun dan 26 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Nazri Ismail menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Faizal Hussain, 22, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pindaan merogol mangsa dan satu pertuduhan merompak.

Nazri memutuskan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan untuk pertuduhan pindaan pertama, penjara 17 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pindaan kedua,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia