Harian Metro

Pencuri bersiri

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

 Wanita tular di media sosial dipercayai terbabit dalam beberapa kes sama bulan lalu

Wanita yang menjadi tular di laman Facebook (FB) kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian di surau wanita Terminal Melaka Sentral, di sini, dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian di lokasi sama sepanjang bulan lalu.

Pengurus Bangunan Terminal Melaka Sentral Badrul Hisam Md Shah berkata, beberapa klip video mengenai kecurian beg tangan milik jemaah wanita di surau berkenaan berlaku pada 28 Mei tular sejak Jumaat lalu.

“Selepas menerima kiriman video itu, kami melakukan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Hasilnya wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu dipercayai terbabit dalam beberapa kes kecurian pada 25, 28 dan 31 Mei lalu.

“Selepas mendapat pengesahan mangsa yang sudah membuat laporan polis, kami mencetak gambar wanita terbabit dan menampalny­a di lokasi tumpuan sekitar bangunan termasuk surau.

“Tujuan kami supaya orang ramai berhati-hati dan tidak menjadi mangsa,” katanya di pejabatnya di Terminal Melaka Sentral, di sini, semalam.

Mengikut poster amaran yang ditampal di papan kenyataan surau wanita terbabit, pengunjung diminta segera menghubung­i polis jika terserempa­k dengan individu dimaksudka­n.

Menurutnya, sejak poster itu ditampal, pihaknya tidak lagi mengesan kelibat wanita berkenaan di terminal itu.

Badrul berkata, video yang tular itu diterima daripada seorang gadis yang juga penuntut kolej di negeri ini selepas menjadi mangsa wanita berkenaan.

Menurutnya, difahamkan dalam kejadian 26 Mei lalu, wanita terbabit melarikan beg sandang milik gadis berkenaan yang mengandung­i komputer riba, telefon bimbit dan dompet.

“Selepas menyedari kehilangan beg sandang miliknya, gadis itu membuat laporan kepada kami. Berikutan simpati, saya sendiri menghantar gadis itu ke Balai Polis Melaka Tengah, untuk buat laporan.

“Kami tawarkan tiket kepada gadis itu kerana dia dalam perjalanan pulang ke kampung di Kota Tinggi, Johor. Namun dia menolaknya kerana sudah menghubung­i kakak yang datang mengambiln­ya,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia berlaku di rumah ibadat dan kesal dengan perbuatan sedemikian.

“Surau di Terminal Melaka Sentral dikunjungi ramai terutamany­a musafir yang menunggu bas untuk memulakan perjalanan. Susulan kejadian ini, saya berjumpa dengan pengurusan terminal dan mencadangk­an kepada mereka supaya menambah jumlah CCTV.

“Saya turut meminta mereka menyediaka­n kemudahan lokar supaya penumpang dapat menyimpan barangan di tempat selamat sementara menunaikan solat,” katanya.

 ??  ?? BADRUL Hisam
BADRUL Hisam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia